awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/05/2024
00:10 MYT
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Anggota keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS susulan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak malam tadi. - Foto JBPM Perak.
IPOH: Hujan lebat malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat sehingga kira-kira satu meter.
Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam, setakat pagi ini, seramai 106 mangsa dari 33 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Di Hilir Perak, 42 mangsa dari 10 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Padang Tembak, manakala di Kuala Kangsar pula seramai 30 mangsa dari 13 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Periang.
Di Larut Matang Selama, tiga PPS dibuka di Kampung Sungai Baru Trong, Dewan Orang Ramai Kampung Jebong Kiri dan Masjid Al-Wusta Batu 8 bagi menempatkan seramai 34 mangsa daripada 11 keluarga.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir kilat itu bermula jam 8.25 malam.
Menurutnya, kejadian banjir kilat di Larut Matang Selama berlaku di sekitar Kampung Sungai Rotan dan Kampung Padang Gajah dengan paras kedalaman air lebih kurang dua kaki dan melimpahi jalan raya.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Katanya, di Hilir Perak pula, kawasan yang dilanda banjir kilat ialah di sekitar Changkat Jong, antaranya, Lorong Imam Khairi, Jalan Changkat Jong dan Kampung Batu 9.
Di Daerah Kuala Kangsar, banjir kilat dan pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Kampung Suar Ponggor, Sungai Siput di samping Kampung Bendang Ujib.
Anggota bomba dan pertahanan awam masih melakukan pemantauan dan cuaca pada pagi Jumaat dilaporkan baik.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#PPS
#banjir
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan