awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat di Sri Muda dipercayai akibat paras Sg Rasau tinggi - Exco Selangor

Fareez Azman
Fareez Azman
20/08/2022
11:46 MYT
Banjir kilat di Sri Muda dipercayai akibat paras Sg Rasau tinggi - Exco Selangor
Tular di media sosial memaparkan beberapa video dan gambar banjir kilat di kawasan Sri Muda. - Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Kejadian banjir kilat yang melanda Taman Sri Muda dan beberapa kawasan sekitarnya di Shah Alam pada petang Sabtu berpunca akibat paras Sungai Rasau yang tinggi.
Perkara itu dimaklumkan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim menerusi ciapan di laman Twitternya sebentar tadi.
Jelasnya, paras air Sungai Rasau yang tinggi menyebabkan aliran air keluar ke sungai perlahanan dan berlakunya situasi 'air mati'.
"Saya memantau dengan penuh prihatin kejadian banjir kilat yang melanda Taman Sri Muda dan sekitarnya. Insiden ini berlaku akibat paras air yang tinggi di Sungai Rasau serta situasi air mati yang melambatkan aliran air keluar ke Sungai Rasau.
"Saya telah mengarahkan agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengaktifkan sistem pam dengan segera dan membuka pintu pam," jelasnya.
Tambah Izham, pegawainya turut menjalankan tinjauan di lokasi kejadian.
"Alhamdullilah, buat masa ini air telah mula surut di kawasan yang dinaiki air.
"Mohon kepada penduduk sekitar agar berhati-hati dan segera laporkan jika ada kejadian yang tidak diingini," jelasnya lagi.
Terdahulu, tular di media sosial memaparkan beberapa video dan gambar banjir kilat di kawasan Sri Muda.
Topic Berkaitan
#Sungai Rasau
#sri muda
#banjir kilat
#media sosial
#paras air sungai
#Ir Izham Hashim
#taman sri muda
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan