awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Hanya satu PPS masih dibuka di Johor

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
03:03 MYT
Banjir kilat: Hanya satu PPS masih dibuka di Johor
PPS yang masih dibuka ialah di SK Melayu Raya di Pekan Nenas, Pontian, manakala dua lagi PPS ditutup lewat petang Khamis. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Johor susulan kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di negeri itu semalam.
PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pekan Nenas, Pontian, manakala dua lagi PPS di sini ditutup lewat petang pada Khamis.
BACA: Banjir kilat: 3 pusat pemindahan dibuka di JB, Pontian
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar berkata dua PPS berkenaan iaitu Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai ditutup selepas keadaan banjir beransur surut dan pulih sepenuhnya.
Situasi di PPS SK Melayu Raya Pekan Nanas tidak berubah, melibatkan 19 mangsa daripada lima keluarga.
Pada Khamis, beberapa kawasan di Johor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan menyebabkan rumah penduduk dinaiki air.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PPS
#pusat pemindahan
#Hujan lebat berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan