awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat Kota Kinabalu, puluhan kenderaan ditenggelami air

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
16/05/2019
12:28 MYT
Banjir kilat Kota Kinabalu, puluhan kenderaan ditenggelami air
Kawasan yang ditenggelami air dalam kejadian hujan lebat di kawasan perumahan Kepayan Ridge, Kota Kinabalu, petang tadi. - Astro AWANI
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam petang Khamis telah menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya ini ditenggelami air.
Kawasan perumahan Kepayan Ridge di sini merupakan antara lokasi yang terjejas teruk, apabila terdapat puluhan kenderaan yang dipercayai diletakkan oleh pemilik masing-masing di kawasan lapang perumahan itu, ditenggelami air sehingga mencecah paras lutut.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin bagaimanapun mengesahkan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini.
"Bomba setakat ini tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung sebarang insiden ketika banjir kilat pada petang tadi.
"Bagaimanapun, kita sentiasa akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya cuaca buruk dan hujan lebat disusuli kilat ini berpanjangan," katanya ketika dihubungi susulan tinjauan keadaan banjir dilakukan Astro AWANI.
Mohd Affendy dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan keadaan semasa bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini seperti kemalangan jiwa atau perkara yang boleh mendatangkan kecederaan ketika banjir kilat.
Selain daripada kawasan perumahan Kepayan Ridge, antara lokasi yang turut dinaiki air adalah kawasan parkir di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1), Kota Kinabalu.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir kilat
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kepayan Ridge
#Kota Kinabalu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan