awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Mangsa dipindahkan, 5 PPS dibuka di Port Dickson, Rembau

Bernama
Bernama
12/08/2024
04:40 MYT
Banjir kilat: Mangsa dipindahkan, 5 PPS dibuka di Port Dickson, Rembau
Tiga kawasan terjejas di Port Dickson membabitkan Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam dan Kampung Linggi. - Gambar/ JBPM
SEREMBAN: Sebanyak 75 mangsa daripada 23 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 10 pagi hari ini susulan banjir kilat di Port Dickson dan Rembau yang bermula kira-kira 8 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata tiga kawasan terjejas di Port Dickson membabitkan Kampung Sawah Sunggala, Kampung Si Rusa Dalam dan Kampung Linggi.
Di Rembau dua kawasan terkesan, iaitu Kampung Lubuk China dan Kampung Nerambai yang berada dalam DUN Kota.
"Semua mangsa masih ditempatkan di PPS. Kerja-kerja mengemas rumah dilakukan sebaik paras air surut," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata berikutan keadaan cuaca yang baik, PPS tersebut dijangka ditutup hari ini, namun pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dan bersiap siaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Rembau
#Port Dickson
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan