IPOH: Kepadatan pembangunan baharu berhampiran dengan Sungai Chepor didakwa menjadi punca kepada kejadian kilat sehingga menjejaskan 93 mangsa di Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Chepor di sini pada malam Selasa.
Penduduk, Shahrul Affandi Sharudin, 37, mendakwa Sungai Chepor yang tidak didalamkan sejak belasan tahun juga turut menyumbang kepada kejadian banjir yang memusnahkan hampir kesemua harta benda di kawasan kejiranannya.
Shahrul Affandi berkata, situasi banjir sebelum ini tidak terlalu teruk namun ia bertukar sebaliknya selepas beberapa pembangunan baharu rancak dijalankan di kawasan berhampiran sungai berkenaan.
“Saya harap pihak kerajaan dapat dalamkan sungai yang ada bagi menambah baik sistem saliran untuk mengelak kejadian banjir teruk ini berulang.
“Sebelum ada pembangunan-pembangunan ini, kejadian banjir kurang berlaku. Kalau terjadi sekali pun, ia tidak seteruk ini, hanya setakat paras buku lali.
“Tapi, disebabkan penambahan beberapa pembangunan dengan sungai yang tidak dikorek (sistem saliran tidak seimbang), maka itu telah menjadi punca kepada banjir kilat yang teruk kelmarin,” katanya ketika ditemui di kediamannya di RPT Chepor, di sini, pada Khamis.
Shahrul Afandi yang juga bekerja membaiki barangan terpakai terpaksa berputih mata selepas kerugian hampir RM40,000 apabila perkakasan miliknya serta barangan pelanggan musnah akibat banjir kilat pada malam Selasa.
Seorang warga emas, Muhammad Khairiri Jamaluddin, 73 juga hampir hilang kata-kata tatkala mengenangkan kejadian itu yang memusnahkan hampir kesemua perabot serta barang peribadi miliknya.
Katanya, insiden banjir kilat itu adalah paling terburuk yang pernah dialaminya sepanjang 30 tahun tinggal di RPT Chepor.
“Semua barang dan perabot saya habis (tidak sempat untuk diselamatkan daripada banjir). Semua barang saya rosak. Kebanyakannya juga sudah tidak boleh digunakan semula,” katanya, dalam nada sebak.
Sementara itu, guru, Nor Haslina Sheyup, 42, memberitahu dia sekeluarga hanya mampu menyelamatkan dokumen-dokumen peribadi apabila paras air mulai naik ke paras dada kira-kira pada jam 8 malam.
“Kejadian banjir kilat ini boleh dikatakan paling dahsyat kerana arus air terlalu deras dan parasnya juga cepat naik sehingga ke paras dada.
“Kerugian yang saya alami dianggarkan dalam RM10,000. Televisyen, mesin basuh, peti sejuk, dapur, almari, katill semua rosak akibat daripada banjir kilat itu,” katanya.
Pada Rabu, Pejabat Penerangan Daerah Kinta dilaporkan berkata banjir kilat yang berlaku di RPT Chepor pada malam Selasa berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air Sungai Chepor melimpah.
Kejadian itu telah memaksa 93 penduduk di situ dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Klebang selepas kediaman mereka dinaiki air.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS adalah seramai 30 orang setakat tengah hari Khamis, berbanding 77 pada pagi.
Amirrul Rabbani
Thu Oct 06 2022
Penduduk mendakwa Sungai Chepor yang tidak didalamkan sejak belasan tahun juga turut menyumbang kepada kejadian banjir yang memusnahkan hampir kesemua harta benda di kawasan kejiranannya. - Foto Astro AWANI
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Banjir kilat: Pembangunan baharu, sungai tidak didalamkan belasan tahun didakwa jadi punca?
Kepadatan pembangunan baharu berhampiran dengan Sungai Chepor didakwa menjadi punca kepada kejadian kilat sehingga menjejaskan 93 mangsa di RPT Chepor di sini pada malam Selasa.