awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Warga emas OKU terperangkap diselamatkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/04/2022
00:30 MYT
Banjir kilat: Warga emas OKU terperangkap diselamatkan
Beberapa buah rumah telah ditenggelami air banjir kira-kira 0.7 meter. - Foto JBPM
SLIM RIVER: Dua lelaki, termasuk seorang warga emas orang kurang upaya (OKU) diselamatkan apabila rumah mereka dilanda banjir kilat di Jalan Cempaka, Felda Trolak Selatan, dekat sini, malam tadi.
Banjir dikatakan berlaku ekoran hujan lebat yang berterusan di sekitar kawasan berkenaan, menyebabkan air sungai berhampiran melimpah ke beberapa rumah berhampiran.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenaik kejadian itu pada jam 10.30 malam.
“Beberapa buah rumah telah ditenggelami air banjir kira-kira 0.7 meter (dua kaki) dan terdapat dua mangsa di rumah pertama.
“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mereka dan dibawa ke kawasan yang tidak ditenggelami air dengan selamat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan dibantu anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village, polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam.
Katanya, keadaan pulih apabila banjir surut dan operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazrul Azuan Norman tamat jam 2.44 pagi.
Topic Berkaitan
#banjir
#warga emas
#OKU
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan