awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: Warga KL pasrah terpaksa cedok air dari dalam kereta

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
25/04/2022
09:57 MYT
Banjir kilat: Warga KL pasrah terpaksa cedok air dari dalam kereta
Nazrin terpaksa mencedok air dari dalam keretanya. - Foto tangkapan layar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur pada petang Isnin menyaksikan beberapa kenderaan dapat diselamatkan daripada ditenggelami air.
Di sekitar kawasan World Trade Centre (WTC) di ibu negra seperti yang Astro AWANI paparkan pada petang tadi, menyaksikan dua buah kenderaan dapat diselamakan dengan berlaku insiden ceduk-menceduk air dari bahagian dalam kenderaan itu.
Menerusi slot Cerita sebentar tadi, Astro AWANI difahamkan dua buah kenderaan yang terkesan melibatkan kereta jenis Mazda 3 dan Honda HRV.
Terdahulu, sejumlah 14 jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin. Ia susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang selama beberapa jam sejak awal tengah hari tadi.
Pemilik kenderaan berkenaan yang dipercayai peniaga di Karnival Star Vendors Fest di WTC berkata, air naik terlalu cepat menyebabkan usaha untuk membawa kereta keluar dari parkir terlambat.
"Saya baru sahaja terlelap sementara menunggu lori membawa barangan jualan tiba, apabila tersedar, kereta saya telah ditenggelami air sehingga paras tayar. Ada dua buah kereta yang saya percaya masih terperangkap," kata peniaga Karnival Star Vendors, Nazrin Razni.
Menurut Nazrin, 22, dia hanya berserah untuk memastikan jika keretanya masih boleh dihidupkan atau tidak.
"Saya tidak mahu buat apa-apa dahulu, biar sahaja kereta kering terlebih dahulu," katanya.
BACA: Banjir kilat: 14 jalan di ibu negara dinaiki air - DBKL
Menurut laporan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebanyak 14 laluan utama di ibu negara dinaiki air ketika ini.
Ia melibatkan beberapa jalan utama termasuk Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Travers, Jalan Kuching dan Jalan Ampang.
Berdasarkan makluman daripada METMalaysia, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor seperti Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#WTC
#Karnival Star Vendors Fest
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan