Skip to main content

Malaysia

Banjir kilat: 14 jalan di ibu negara dinaiki air - DBKL

41650876608_TBKLBANJIR.jpg
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin. Ia susulan hujan lebat yang melanda Lembah Klang selama beberapa jam sejak awal tengah hari tadi.

Menurut laporan Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebanyak 14 laluan utama di ibu negara dinaiki air ketika ini.

Berikut adalah jalan yang dinaiki air:
  • Jalan Pudu
  • Jalan Tun Perak
  • Jalan Travers
  • Jalan Kuching
  • Jalan Ampang
  • Jalan Semantan
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Changkat Thambi Dollah
  • Jalan Tuanku Abdul Halim
  • Jalan Segambut
  • Jalan Jambu Golok
  • Jalan Tun Razak (hadapan kedutaan AS)
  • Lebuhraya Sultan Iskandar
  • Jalan Sultan Ismail




TERKINI | Lembah Klang dilanda banjir kilat

Berdasarkan makluman daripada METMalaysia, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor seperti Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam.



KEMAS KINI: Banjir kilat sudah mula surut di beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur

Advertisement

Must Watch Video