Banjir Kota Belud: Salleh Said Keruak gerakkan jentera melipatgandakan usaha bantu mangsa

Astro Awani
Disember 12, 2017 12:01 MYT
Respon pantas oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Belud selepas mangsa banjir mengeluh mengenai bekalan asas di pusat penempatan sementara. - gambar fail
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggerakkan jentera UMNO Bahagian Kota Belud untuk melipatgandakan usaha pihak berkuasa membantu mangsa banjir di kawasan tersebut.
Ia susulan rintihan mangsa banjir yang berharap bantuan bekalan asas terutamanya bekalan air mandi ditingkatkan di pusat penempatan sementara.
VIDEO: Inilah rintihan ibu kepada lapan anak di pusat penempatan sementara
Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud berharap jentera parti yang digerakkan di kawasan terjejas dapat menguatkan lagi operasi menghulurkan bantuan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
"UMNO Kota Belud telah menggerakkan jenteranya untuk membantu dan bekerjasama erat dengan pihak urusetia dalam menghulurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat," kata Salleh dalam ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Rumah tempat berteduh dilanda banjir, bekalan air di pusat pemindahan sementara pula tidak mencukupi
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan akan pulang segera bagi memantau kawasan yang terjejas. Berikut adalah kenyataan beliau:
#banjir kilat #Banjir Kota Belud #jentera UMNO Kota Belud #Ketua UMNO Bahagian Kota Belud #perkembangan banjir kota belud #rintihan mangsa banjir #Salleh Said Keruak #Terkini Kota Belud