MALAYSIA
Banjir: Lapan negeri masih terjejas, 140,492 mangsa berlindung di 713 PPS

Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 91,402 mangsa di 288 PPS, diikuti Terengganu dengan 40,449 mangsa di 334 PPS. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri terus meningkat kepada 140,492 orang daripada 42,329 keluarga yang ditempatkan di 713 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 3 petang.
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 140,492 orang daripada 42,329 keluarga yang ditempatkan di 713 pusat pemindahan sementara (PPS).
- Kelantan kekal sebagai negeri paling teruk dilanda banjir dengan 91,402 mangsa di 288 PPS, diikuti Terengganu dengan 40,449 mangsa di 334 PPS.
- Negeri-negeri lain seperti Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Johor, dan Melaka juga terjejas, dengan jumlah mangsa yang berbeza-beza dan PPS yang dibuka untuk menampung mereka.
Terengganu pula mempunyai 334 PPS di lapan daerah, menempatkan 40,449 mangsa daripada 11,357 keluarga.
Di Negeri Sembilan, 18 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 2,099 mangsa daripada 601 keluarga.
Di Kedah, 53 PPS di tujuh daerah menempatkan 6,104 mangsa daripada 1,909 keluarga.
Selangor mempunyai satu PPS di satu daerah yang menempatkan 302 mangsa daripada 75 keluarga.
Di Perlis, tiga PPS di tiga daerah menempatkan 422 mangsa daripada 126 keluarga.
Keadaan banjir di Johor pula merekodkan 397 mangsa daripada 124 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di dua daerah.
Di Melaka, lima PPS diaktifkan untuk menempatkan 194 mangsa daripada 52 keluarga di tiga daerah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami