awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lima negeri terkesan, Melaka dan Negeri Sembilan terbaharu

Astro Awani
Astro Awani
08/03/2022
23:10 MYT
Banjir: Lima negeri terkesan, Melaka dan Negeri Sembilan terbaharu
Paras air Sungai Langat berada pada paras berjaga-jaga semasa tinjauan di kawasan sekitar Dengkil pada Rabu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lima negeri kini terkesan dengan banjir susulan ketidaktentuan cuaca yang dialami negara.
Sehingga lewat malam tadi, seramai 1,520 mangsa daripada 408 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara dengan Negeri Sembilan dan Melaka menjadi negeri terbaharu.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu dengan 1,091 mangsa daripada 291 keluarga.
Kesemua mereka ditempatkan di 10 PPS di sekitar di enam kawasan termasuk Subang, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak dan Sepang.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 225 mangsa daripada 54 keluarga.
Dua PPS masih aktif di Kuala Lumpur iaitu di Brickfields dan Dang Wangi.
Ini diikuti Kelantan dengan 149 daripada 45 keluarga di satu PPS di Pasir Mas.
Melaka catat 33 mangsa daripada sembilan keluarga di satu PPS di Jasin.
Manakala Negeri Sembilan dengan 22 mangsa daripada sembilan keluarga di satu PPS di Jelebu.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan