awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir lumpur: Dua lagi mayat ditemui, angka korban meningkat lima orang

Hilal Azmi
Hilal Azmi
07/11/2014
07:38 MYT
Banjir lumpur: Dua lagi mayat ditemui, angka korban meningkat lima orang
Dua lagi mayat ditemui pada 11.05 pagi ini menjadikan jumlah mangsa kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam seramai lima orang. -Astro AWANI
Dua lagi mayat ditemui pada 11.05 pagi ini menjadikan jumlah korban kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam seramai lima orang.
Mayat Yunita, 40, dijumpai tiga kaki dari lokasi runtuhan rumah kongsi yang didiaminya bersama suami, Suwanis, 41, yang turut ditemui lima minit berselang.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, ACP Wan Junaidi berkata operasi yang bermula pada 8:30 pagi hari dihentikan pada 12 tengah hari dan disusuli dengan operasi penggeledahan lokasi bagi memastikan tiada mangsa lain yang tertimbus.
Beliau berkata Yunita dan Suwanis dipercayai sedang tidur ketika kejadian.
"Operasi pencarian dianggotai seramai 254 anggota terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, JPAM serta beberapa agensi lain," kata beliau.
Biarpun operasi mencari dan menyelamat sudah dihentikan, pusat operasi masih dibuka sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#JPAM
#lembah bertam
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan