awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Lumpur tebal, penduduk harap jentolak dihantar ke Dengkil

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
25/12/2021
10:46 MYT
Banjir: Lumpur tebal, penduduk harap jentolak dihantar ke Dengkil
Bekalan air di kawasan itu sudah ada, bantuan sukarelawan juga sudah tiba namun penduduk kini berdepan masalah untuk mengeluarkan lumpur dari halaman rumah. - Gambar/ Astro AWANI
DENGKIL: Banjir di Kampung Sri Tanjung di sini, serta kawasan sekitar sudah surut dan kini penduduk sibuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah.
Tugas mereka bertambah sukar apabila banyak halaman rumah dipenuhi lumpur tebal, rata-ratanya setinggi lebih 30 sentimeter, sekali gus melambatkan proses pembersihan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati bekalan air di kawasan itu sudah ada, bantuan sukarelawan juga sudah tiba namun mereka kini berdepan masalah untuk mengeluarkan lumpur dari halaman rumah.
Seorang sukarelawan yang tinggal berhampiran kampung itu, Abd Aziz Ismail, 34, berkata dia sudah cuba untuk mendapatkan bantuan jentolak di kawasan itu namun semuanya sudah habis disewa.
"Semua dah habis disewa, mungkin sebab banyak kawasan dilanda banjir. Kalau tengok di kawasan kampung ini, lumpur memang sangat tebal. Kalau nak cuci secara manual, memang sukar.
"Kami harap sangat bantuan dari orang di luar kawasan ini untuk bantu kita hantar atau beri bantuan jentolak. Untuk kawasan dalam rumah kita boleh cuci secara manual.
"Tapi kalau di luar rumah, memang perlukan jentolak," katanya kepada Astro AWANI.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Penduduk di Dengkil memerlukan bantuan jentolak, roro utk buang lumpur dan barang2 mereka. Barang mereka hanya dilonggok depan rumah. Lumpur tebal2 belaka. Mohon panjang2kan.@501Awani #Banjir2021 #AWANInews pic.twitter.com/s1AxSZ0Khn
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) December 25, 2021
Keluhan sama disuarakan seorang lagi sukarelawan, Wan Faiz Wan Jaapar, yang mengharapkan pihak berkaitan memberikan tumpuan untuk menyediakan jentolak di kawasan itu.
"Kita dah tiga, empat hari di sini. Kalau kita guna tenaga manusia, memang lumpur ini tidak akan habis.
"Kami perlukan beberapa jentolak untuk buang lumpur yang tebalnya lebih satu kaki. Kami perlukannya supaya mudahkan kerja pembersihan sebab dijangka akan hujan.
"Kalau kita cuci rumah semua, kalau lumpur ini ada lagi, kita tak boleh buat kerja di dalam rumah," ujarnya.
Selain jentolak, kebanyakan penduduk merayu pihak berwajib menyediakan tong sampah besar untuk mereka membuang barang-barang rumah yang sudah rosak
Menurut penduduk, semua barang itu kini hanya dilonggokkan di hadapan rumah dan mereka khuatir sekiranya dibiarkan, binatang liar pula akan bersarang di situ.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Dengkil
#pembersihan pascabanjir
#lumpur tebal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan