awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di empat negeri menurun sedikit, Melaka kekal

Bernama
Bernama
28/12/2021
06:48 MYT
Banjir: Mangsa di empat negeri menurun sedikit, Melaka kekal
Jumlah itu menurun berbanding 20,026 orang daripada 6,136 keluarga melibatkan 130 PPS, pada pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri iaitu Selangor, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan berkurangan pada tengah hari ini manakala di Melaka tidak berubah.
Menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa banjir di kelima-lima negeri pada tengah hari ini ialah 19,099 orang daripada 5,882 keluarga yang berlindung di 122 PPS di seluruh negara.
Jumlah itu menurun berbanding 20,026 orang daripada 6,136 keluarga melibatkan 130 PPS, pada pagi tadi.
Di SELANGOR, aplikasi InfoBencana JKM menunjukkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 7,503 orang di 36 PPS tengah hari ini berbanding 7,751 orang di 39 PPS pagi tadi.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam berada pada tahap waspada, masing-masing mencatatkan paras 3.38 meter dan 1.89 meter setakat 10.45 pagi tadi.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan 11,776 orang masih berada di 83 PPS tengah hari ini berbanding 12,692 orang di 90 PPS.
Enam daerah yang masih terjejas banjir di Pahang ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Kundang di Maran masih mencatatkan tahap melebihi amaran iaitu paras 21.06 meter tengah hari ini.
KELANTAN turut mencatatkan penurunan mangsa banjir tengah hari ini apabila seramai 78 orang daripada 23 keluarga berada di PPS Sekolah (SK) Tok Deh, Pasir Mas tengah hari ini berbanding 152 orang daripada 46 keluarga di PPS itu dan SK Gual Periok, pagi tadi.
Di NEGERI SEMBILAN, aplikasi InfoBencana JKM menunjukkan jumlah mangsa banjir setakat tengah hari ini menurun sedikit kepada 54 orang daripada 18 keluarga berbanding 58 orang daripada 19 keluarga, pagi tadi.
Kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir dan Dewan Orang Ramai Kampung Puom di Jelebu.
Sementara itu, di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata jumlah mangsa banjir pada tengah hari ini tidak berubah dengan 26 orang daripada lapan keluarga masih berada di PPS SK Penghulu Benteng di Jasin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan