awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Masyarakat diminta waspada, peka arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
20/11/2023
11:53 MYT
Banjir: Masyarakat diminta waspada, peka arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Bagi mendapatkan maklumat dan amaran semasa mengenai banjir, Ahmad Zahid berkata orang ramai boleh melayari laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau @PubliclnfoBanjir (Facebook) dan @JPS_InfoBanjir (Twitter atau X). - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya para penduduk di kawasan yang dijangka mengalami banjir supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.
Beliau berkata ini susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh hari ini hingga Rabu, dan berdasarkan analisis model cuaca itu, amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk serta waspada dikeluarkan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Sabah.
"Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikemas kini berkuat kuasa sehingga 21 Nov ini. Sementara itu di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang yang lebih menyeluruh juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Bagi mendapatkan maklumat dan amaran semasa mengenai banjir, Ahmad Zahid berkata orang ramai boleh melayari laman web publicinfobanjir.water.gov.my atau @PubliclnfoBanjir (Facebook) dan @JPS_InfoBanjir (Twitter atau X).
"Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada MetMalaysia," katanya.
Sementara itu beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi, Perak, Terengganu dan Pahang dilaporkan terkesan dengan bencana banjir yang melibatkan masing-masing satu daerah di ketiga-tiga negeri itu.
"Seramai 346 orang mangsa daripada 106 ketua isi rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak berkuasa
#hujan lebat
#Facebook
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan