awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir memburuk, seluruh daerah di Terengganu kini terkesan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/12/2022
08:49 MYT
Banjir memburuk, seluruh daerah di Terengganu kini terkesan
Para sukarelawan memindahkan mangsa banjir Nur Amirah Ramli ekoran banjir yang melanda daerah Setiu semasa tinjauan di Kampung Buluh Hilir hari ini. - Foto BERNAMA
BANDAR PERMAISURI: Situasi banjir di Terengganu semakin memburuk dengan kesemua lapan daerah di negeri itu mula dinaiki air pada Isnin.
Bencana yang melanda itu sekali gus menyaksikan jumlah mangsa yang dipindahkan mencecah hampir 20,000 mangsa.
Daripada jumlah itu, Kuala Nerus menjadi daerah terbaharu yang dilanda bencana alam terbabit pada tengah hari tadi.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Daerah Hulu Terengganu terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan. Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Dimana, 5,726 mangsa yang terdiri daripada 1,799 mangsa telah dipindahkan ke 50 pusat pemindahan sementara (PPS).
Diikuti daerah Besut dengan 5,067 mangsa yang ditempatkan di 80 PPS bagi menempatkan 80 buah keluarga.
Banjir | Beberapa laluan di Setiu bagaikan anak sungai
Manakala di Kemaman dan Setiu, lebih 3,000 mangsa telah dipindahkan, disusuli daerah Dungun dengan 1,083 mangsa yang terkesan dengan banjir kali ini.
Sementara itu jumlah mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang turut merekodkan peningkatan kepada lebih 300 mangsa yang dipindahkan.
Setakat ini juga sebanyak 243 PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 5,699 keluarga di seluruh negeri Terengganu.
Sehingga petang ini hujan lebat masih melanda di kebanyakan kawasan di negeri itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir terengganu
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan