awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir N.Sembilan: Dua jalan di Felda Palong ditutup kepada semua kenderaan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/03/2023
07:21 MYT
Banjir N.Sembilan: Dua jalan di Felda Palong ditutup kepada semua kenderaan
Jalan Palong Utama (FT 1283) dan Jalan Loop Palong ( FT1284) berhampiran Felda Palong 4, 5 dan 6 di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. -Video tular
JEMPOL: Jalan Palong Utama (FT 1283) dan Jalan Loop Palong (FT1284) berhampiran Felda Palong 4, 5 dan 6 di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Nawal Mohamed Amin berkata ia selepas laluan itu ditenggelami air berikutan hujan berterusan serta limpahan air sungai berhampiran.
“Orang ramai serta pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
“Pengguna jalan raya diminta menggunakan jalan alternatif lain sama ada untuk ke Pasir Besar atau sebaliknya sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam ketika dihubungi berkata setakat ini dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di Negeri Sembilan.
Dua PPS itu melibatkan satu di daerah Tampin dan satu di daerah Jempol yang mula menempatkan mangsa yang terjejas dengan bencana berkenaan.
“Setakat ini dua PPS telah kita aktifkan di dua daerah dan setakat ini data mangsa sedang dikemas kini,”katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman Facebooknya mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dikategorikan buruk dijangka melanda sehingga 2 Mac di Negeri Sembilan.
Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka melanda dengan taburan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jalan Palong Utama
#felda palong
#laluan ditenggelami air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan