awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Jumlah mangsa turun sedikit

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
27/01/2023
01:10 MYT
Banjir Pahang: Jumlah mangsa turun sedikit
Anggota APM membantu memasang kubikal yang menempatkan mangsa banjir di daerah Rompin, semalam. - Astro AWANI
KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun sedikit apabila merekodkan seramai 323 orang sehingga 8 pagi ini berbanding 329 petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa berkenaan membabitkan 97 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Rompin.
"Tiga PPS yang masih dibuka ialah PPS Kampung Setajam, Balai Raya Rekoh dan Balai Raya Bukit Lepas.
"Manakala PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya yang sebelum ini menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga ditutup petang semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin masih melepasi paras bahaya pada jam 8 pagi, hari ini.
Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.79 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.
Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera pula merekodkan bacaan 30.72 meter iaitu melepasi paras waspada.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan