KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan kepada 2,317 orang daripada 706 keluarga yang berlindung di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah sehingga jam 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, berbanding laporan jam 12 tengah malam tadi, iaitu seramai 2,311 orang daripada 703 keluarga melibatkan daerah Rompin, Pekan, Maran, Bera, Temerloh dan Jerantut.
"Rompin menjadi daerah paling ramai mangsa banjir iaitu 1,905 orang daripada 593 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.
"PPS Sekolah Kebangaaan (SK) Denai menempatkan 313 mangsa, Balai Raya Bandar Perwira Jaya (7), Balai Raya Kampung Rekoh (142), Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (66), SK Bukit Nipis (103), Balai Raya Kampung Mikang (12), PPS Kampung Setajam (87) dan Balai Raya Lubuk Batu (45).
"Selain itu, PPS Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak menempatkan 171 mangsa, SK Keratong (253), Balai Raya Bukit Lepas (30), SK Kampung Aur (70), SK Keratong 1 (239), Surau Kampung Meripoh (5), SK Pianggu (308) dan Balai Raya Kampung Gadak (54)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Menurutnya, bagi daerah Pekan, PPS Dewan Semai Bakti Chini 1 menempatkan 56 mangsa dan Dewan Semai Bakti Chini 3 pula seramai 50 mangsa.
Selain itu, di Maran, PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian menempatkan 13 mangsa dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Jerantut menempatkan 10 mangsa.
"Bagi daerah Bera pula, Dewan Kampung Pasal menempatkan 29 mangsa manakala 254 mangsa ditempatkan di Dewan SMK Seri Semantan, Temerloh," jelasnya.
Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Triang di Triang, Bera; Sungai Pahang di Lubok Paku, Maran; Sungai Pahang di Paloh Inai, Pekan dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin.
Tiga lagi sungai merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub; Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera; dan Sungai Jempol di Rancangan Felda Jengka, Maran.
Manakala enam sungai mencatatkan bacaan air melepasi paras waspada iaitu Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab; Sungai Pahang di Lubuk Pasu, Temerloh; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, Kuantan; Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan; Sungai Pahang di Waterfront, Bera; dan Sungai Pahang di Kampung Chenor, Maran.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Mar 04 2023
Kakitangan JKM Rompin mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir yang terputus hubungan di RPS Buluh Nipis dan Kampung Ganoh, semalam. - Foto ihsan JKM Rompin
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.