KLANG: Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau melihat keperluan untuk memperbesarkan saiz longkang sedia ada bagi mengekang kejadian banjir di Klang.
Jelasnya, pembangunan yang rancak juga menyebabkan banyak perkampungan ditenggelami air dan suatu program bagi mengatasi banjir perlu dilakukan dengan segera.
"Suara penduduk seperti di Taman Melawis, Taman Gembira dan sebagainya, kawasan ini pembangunan sudah ditebuk. Kita perlu besarkan longkang-longkang sedia ada. Cari tempat bagaimana saliran dapat disegerakan. Ia akan diambil kira dalam program pembangunan nanti.
"Saya percaya ADUN dan PBT akan bersama dengan saya dalam melaksanakan perkara begini. Pulau Indah juga banjir sebab tiada perancangan ketika kampung tradisi dibangunkan. Jadi, saya pantau dan akan bersama dengan Kerajaan Negeri sebab saya sekarang ini ADUN dan juga exco," katanya kepada media semasa melakukan kempen bertemu penduduk di Pasar Malam Pandamaran Jaya pada Khamis.
Katanya lagi, beberapa bulan lalu, kerajaan pusat mengumumkan peruntukan RM10 bilion bagi menangani bencana banjir.
Bagaimanapun katanya, semua hanya tinggal janji.
"Yang paling saya takut ialah Klang akan tenggelam dalam 30 tahun akan datang disebabkan isu pemanasan global. Ada projek dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu empangan akan dibina antara laut dan Sungai Klang.
"Memang ini suatu yang baik dari kerajaan pusat. Namun saya risau satu sahaja, kerajaan pusat suka umum tetapi tak buat. Jadi percayalah kami, pada 19 November ini kami akan jadi kerajaan,"ujarnya.
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di peringkat kerajaan pusat didakwa melakukan kerja sambil lewa dalam kerja-kerja menaiktaraf longkang untuk mengatasi isu banjir di Selangor khususnya Shah Alam.
Ganabatirau berkata, perkara itu menyebabkan banyak kawasan perumahan dan industri kerap dilanda banjir.
"Dekat Taman Sri Muda ban sepenuhnya telah siap, tetapi kunci air itu sedang dilakukan dan tahun depan dijangka tamat. 4 pam sudah dipasang, kelmarin ada banjir di Sri Muda maka malam tadi sudah pasang tambahan pam.
"Bukit Kemuning banjir, maka pam tersekat dan diperbaiki. Kalau semua ini dapat diusahakan rapi, namun JKR dan JPS pusat sambil lewa.
"Kita nampak mereka bina konkrit longkang di Batu 7, namun, Batu 8 mereka tak bina. Ini keluhan rakyat sejak 2008 mereka tak nak buat. Ini menyebabkan lot-lot perumahan dan industri di Bukit Kemuning banjir akibat jalan utama dan saliran utama," katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 10 2022
Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau melihat keperluan untuk memperbesarkan saiz longkang sedia ada bagi mengekang kejadian banjir di Klang. - Astro AWANI
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Projek pembinaan punca banjir kilat di Kampung Budiman
Banjir kilat di Kampung Budiman yang menjejaskan kira-kira 50 rumah dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan berhampiran kampung berkenaan.
200 rumah terjejas banjir kilat di Klang, lapan mangsa diselamatkan
Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.
Banjir: 3 pusat pemindahan sementara dibuka di Klang
Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Klang susulan beberapa kawasan penempatan penduduk khususnya di Pelabuhan Klang dinaiki air.