awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Penduduk pasrah perniagaan, haiwan ternakan hilang sekelip mata

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
26/12/2022
03:15 MYT
Banjir: Penduduk pasrah perniagaan, haiwan ternakan hilang sekelip mata
Mohd Zafran (kiri) dan Zuraidi reda dan tabah dengan dugaan yang melanda serta bersyukur mereka dan keluarga terselamat daripada musibah. -Astro AWANI
BESUT: Sudah jatuh ditimpa tangga.
Itu yang dihadapi dua penduduk di Kampung Pekan Sari Tembila, Besut apabila perniagaan dan haiwan ternakan mereka hilang sekelip mata akibat bencana banjir.
Mohd Zafran Ibrahim, 49, berkata dia kerugian hampir RM20,000 apabila kedai runcitnya roboh manakala barangan jualan dihanyutkan arus deras.
"Sebelum kejadian tu, saya baru tambah bekalan barang-barang jualan di kedai dalam lingkungan RM10,000.
"Tapi disebabkan air deras, kedai saya roboh dan barangan ada yang hanyut, tak sempat nak diselamatkan," katanya.
Sementara itu, Zuraidi Mustaffa, 51, menanggung kerugian apabila empat ekor lembu peliharaannya mati akibat lemas selepas kawasan kediamannya ditenggelami air.
"Saya tengok paras air di paras paha, jadi saya pindah lembu ke tempat tinggi yang mana sebelum ini air tak pernah sampai. Tapi kali ni, kawasan itu pun tenggelam.
"Lepas tu saya pindah sekali lagi ke tempat lain pula, di depan sekolah, tapi bila air makin besar, saya tak boleh nak selamatkan lembu tu. Saya pun terpaksa redalah," katanya.
Walaupun sedih, namun Mohd Zafran dan Zuraidi reda dan tabah dengan dugaan yang melanda serta bersyukur mereka dan keluarga terselamat daripada musibah itu.
Kampung Pekan Sari Tembila, Besut adalah antara kawasan yang terjejas teruk dan terputus hubungan apabila semua laluannya ditenggelami air.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kampung Pekan Sari Tembila
#Mohd Zafran Ibrahim
#haiwan ternakan hilang sekelip mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan