awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut lokasi, situasi - MKN

Bernama
Bernama
22/12/2021
06:52 MYT
Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut lokasi, situasi - MKN
Rodzi berkata secara keseluruhan, beliau mendapati pengurusan bencana di Taman Sri Muda khususnya berada pada di tempatnya dan sudah berjalan dengan baik. - foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
SHAH ALAM: Situasi dan ciri banjir yang berbeza antara sesebuah tempat, menyebabkan pengurusan bencana juga berlainan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad.
Beliau berkata, sesuatu pengurusan itu perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh komander operasi bencana terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang tindakan.
"Kadang-kadang kita tidak tahu keadaan (situasi banjir) di sesuatu tempat. Ia berbeza-beza situasi dan kita cenderung buat andaian am bagi semua tempat. Itu tak betul keadaan seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas meninjau situasi banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.
Rodzi berkata secara keseluruhan, beliau mendapati pengurusan bencana di Taman Sri Muda khususnya berada pada di tempatnya dan sudah berjalan dengan baik.
BACA LAPOR LANGSUNG BENCANA BANJIR 2021
"Cuma pada peringkat awal disebabkan hujan yang terlalu banyak, secara tiba tiba. Kita tidak menjangka paras air akan naik sebegini tinggi jadi kita terperangkap dalam banyak keadaan.
"Namun agensi kerajaan semua telah memainkan peranan, berusaha bersungguh-sungguh walaupun keluarga masing-masing ada yang kena banjir, tetapi semua petugas kerajaan cukup komited untuk memberi khidmat yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana banjir 2021
#Majlis Keselamatan Negara
#Rodzi Md Saad
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan