awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Peniaga Hulu Langat harap bantuan pulih perniagaan

Bernama
Bernama
20/12/2021
14:11 MYT
Banjir: Peniaga Hulu Langat harap bantuan pulih perniagaan
Tinjauan di Batu 14 di sini mendapati, kebanyakan premis perniagaan di kawasan tersebut masih bersalut lumpur serta mengalami pelbagai kerosakan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Baru hendak pulih selepas perniagaan terjejas susulan penularan COVID-19, kini peniaga di sekitar kawasan Batu 14, Hulu Langat, terpaksa pula menanggung kerugian besar akibat banjir yang melanda kawasan itu dua hari lepas.
Tinjauan Bernama di Batu 14 di sini mendapati, kebanyakan premis perniagaan di kawasan tersebut masih bersalut lumpur serta mengalami pelbagai kerosakan.
Pemilik kedai ubat tradisional Cina Chin Lun Shin, 79, yang lebih 40 tahun berniaga di kawasan itu berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding banjir besar pada 1971, kerana pada ketika itu impak kerosakan harta benda tidak seteruk kali ini.
"Semua sudah rosak, almari, peti sejuk, barang-barang dalam kedai, termasuk bumbung kedai dan menyebabkan saya mengalami kerugian besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Akibat kerugian dan kehilangan harta benda dalam banjir kali ini, Chin turut membayangkan tidak dapat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan sempurna pada tahun hadapan, kerana terpaksa menutup kedai buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.
Liew Kwee Lan, 65, pemilik kedai runcit yang sudah berniaga lebih 20 tahun pula berharap, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dapat menghulurkan bantuan kerana mereka mengalami pelbagai kerugian akibat kerosakan rumah, kedai dan kereta.
Seorang lagi mangsa, Wong Cheng Kuan, 37, berharap lebih banyak bantuan makanan disalurkan ke kawasan berkenaan, selain pertolongan membersihkan kedai yang dipenuhi lumpur dan bantuan kewangan kerana banyak rumah serta kedai yang terjejas teruk akibat banjir kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Hulu Langat
#perniagaan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan