awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Pos Malaysia tutup sementara operasi

Bernama
Bernama
19/12/2021
09:18 MYT
Banjir: Pos Malaysia tutup sementara operasi
Beberapa cawangan Pos Malaysia terpaksa menutup operasi ekoran banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak Jumaat lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa cawangan Pos Malaysia terpaksa menutup operasi ekoran banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak Jumaat lepas.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan turut menjejaskan penghantaran dan kutipan susulan beberapa laluan tidak boleh dilalui akibat dinaiki air.
"Laluan-laluan yang tidak dapat diakses disebabkan banjir juga menjejaskan sambungan darat kami," katanya.
Menurut Pos Malaysia, perkhidmatan akan disambung sebaik sahaja keadaan jalan kembali pulih dan laluan dibuka semula.
Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dilanda banjir sejak semalam susulan hujan lebat tanpa henti pagi Jumaat lepas hingga awal pagi tadi.
Selain Lembah Klang, beberapa negeri lain terutama pantai timur Semenanjung turut terjejas dalam banjir kali ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#banjir
#Semenanjung Malaysia
#bencana banjir
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan