awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Rakyat Malaysia mula pulang dari Hatyai

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2025
22:10 MYT
Banjir: Rakyat Malaysia mula pulang dari Hatyai
Kesibukan di laluan masuk ke Malaysia ketara berbanding laluan ke Thailand yang dilihat lengang semalam. - Foto Sinar Harian
BUKIT KAYU HITAM: Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam semalam sibuk dengan pergerakan kenderaan yang memasuki Malaysia, didorong oleh kepulangan rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand.
Kesibukan di laluan masuk negara ini ketara berbanding laluan ke negara jiran yang dilihat lengang, susulan ramai pelancong menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka ke negara jiran.
Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, mengesahkan situasi tersebut, menyatakan rakyat Malaysia kini mula bergerak pulang menerusi sempadan.
"Bilangan pelancong yang ke Thailand telah menurun daripada 9,950 orang direkodkan pada Jumaat, kepada hanya 5,812 orang pada Sabtu.
"Penurunan drastik ini menunjukkan ramai yang berpatah balik atau menangguhkan perjalanan sebaik mengetahui keadaan banjir yang teruk di Hatyai," katanya pada sidang akhbar semasa ditemui di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar menangguhkan dahulu perjalanan ke Hatyai dalam tempoh dua minggu ini sehingga keadaan banjir di sana pulih sepenuhnya.
Mohd Nasaruddin juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada laporan diterima mengenai kerosakan pasport atau pas sempadan melibatkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Bukit Kayu Hitam
#rakyat Malaysia pulang
#banjir Hatyai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan