KUALA LUMPUR: Tidak ramai yang mengetahui, ketika ramai yang mempersoalkan tentang kecekapan pihak berkuasa di negara ini menangani banjir, ramai anggota badan penguasa seperti bomba juga turut menjadi mangsa ketika bergelut menyelamatkan nyawa orang lain.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, ratusan anggotanya sendiri kehilangan kediaman akibat bencana banjir yang melanda.
“Dalam kita menghadiri dan menyelamatkan orang sejak mula Oktober yang lepas, sebenarnya ratusan anggota Bomba kehilangan rumah disebabkan oleh banjir dan juga ada yang terjejas (dari segi) peralatan-peralatan di dalam rumah. Tetapi mereka tidak mahu membuat apa-apa viral, bising dan sebagainya.
“Itu adalah sebahagian daripada etika yang diterapkan dalam diri. Ertinya mereka ini meletakkan keutamaan pertama adalah nyawa orang lain. Sehingga ada yang tak tahu dekat mana anak dan keluarga mereka dipindahkan,” jelasnya pada sidang media yang diadakan di Shah Alam hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Ia katanya adalah harga yang perlu dibayar oleh sebahagian anggota bomba dalam keadaan ramai yang masih mempersoalkan kredibiliti dan komitmen yang telah diberikan kepada masyarakat.
Malah katanya seluruh anggota bomba yang menjalankan tugas tidak pernah sesekali meletakkan kepentingan diri di hadapan demi menyelesaikan tugas yang diamanahkan.
Namun tidak ramai yang melihat atau mengetahui pengorbanan mereka ini kerana bukanlah sifat anggota untuk mencurahkannya dalam mana-mana media sosial.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Dec 23 2021
Seluruh anggota bomba yang menjalankan tugas tidak pernah sesekali meletakkan kepentingan diri di hadapan mereka demi menyelesaikan tugas yang diamanahkan. - Gambar fail/Astro AWANI
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.