awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
31/01/2025
08:30 MYT
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Situasi banjir yang melanda Kalimantan, Indonesia. -Foto BNPB
KUALA LUMPUR: Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.

Ringkasan AI
  • Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi dari Pontianak dipindahkan ke Entikong melalui sempadan Malaysia akibat banjir yang melanda Kalimantan Barat.
  • Paras air masih tinggi di beberapa kawasan terjejas, menyebabkan laluan darat utama tidak selamat digunakan. Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.
  • Dua kampung di sempadan Malaysia-Indonesia, iaitu Kampung Sinar Baru dan Kampung Kumba, terjejas oleh bencana tanah, melibatkan kira-kira 1,500 mangsa termasuk kanak-kanak dan warga emas.

Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan, Dwi Nardi berkata paras air masih tinggi di kawasan terjejas sehingga menyebabkan laluan darat utama masih tidak selamat untuk digunakan.
“Setakat pagi Jumaat, banjir masih berlaku di wilayah sempadan Indonesia-Malaysia di daerah Beduai, Sanggau, Kalimantan Barat sehingga memutuskan jalan perhubungan dari bandar Entikong menuju ke Kota Pontianak.
“Kesannya, ratusan penumpang bas dan kereta peribadi tidak dapat melalui jalan tersebut sehingga terpaksa dipindahkan ke Kota Pontianak dengan melalui sempadan Aruk Biawak, Sambas (Lundu, Sarawak),” katanya.
Tambah Dwi, trend banjir menunjukkan paras air yang semakin surut, namun masih terdapat beberapa kawasan dengan situasi banjir yang masih buruk.
Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu melakukan sebarang perjalanan.
“Banjir yang menenggelamkan Beduai sudah mula surut kecuali di beberapa kawasan seperti Simpang Tanjung, Sanggau dengan paras air yang masih tinggi. Kenderaan masih tidak boleh melalui kawasan tersebut.
“Ada laluan alternatif sebenarnya bagi masyarakat Pontianak yang ingin menuju kepada Kuching, Sarawak. Mereka boleh menggunakan jalan dari Pontianak-Singkawang-Aruk,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Dwi turut berkongsi kemas kini bencana tanah yang berlaku di dua kampung di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu kampung Sinar Baru dan kampung Kumba, Indonesia.
Menurutnya, 450 Ketua Isi Rumah (KIR) membabit kira-kira 1,500 mangsa, termasuk 38 kanak-kanak dan 78 warga emas.
Beliau berkata demikian dalam program Buletin AWANI pada Jumaat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Topic Berkaitan
#banjir
#penumpang bas Indonesia
#sempadan Malaysia
#Entikong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan