awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Respons pantas salur bantuan ikut keperluan semasa - MERCY

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
25/11/2025
13:44 MYT
Banjir: Respons pantas salur bantuan ikut keperluan semasa - MERCY
Sebahagian mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mengikut keperluan mendesak semasa sepantas mungkin untuk memastikan keselesaan individu terjejas.
Pegawai Kanan, Operasi Program Pejabat Negeri Kelantan, MERCY Malaysia, Maznah Mohd Adenan berkata, pihaknya akan turun ke PPS untuk membuat penilaian sebelum menyalurkan bantuan tersebut.
“Di Kelantan, apabila kita pergi ke satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang ada keperluan mendesak, tetapi belum ada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang bantu, dan buat penilaian.
“Contohnya, keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak ada kerusi roda untuk memudahkan pergerakan ke tandas. Jika keperluan tersebut mendesak MERCY akan cuba sediakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam temu bual sama, Ketua Kumpulan, Kumpulan Penyelidikan Hidraulik dan Hidrologi, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Ir. Dr. Nor Eliza Alias pula berpandangan ada keperluan untuk mewujudkan peta interaktif untuk memastikan respons bencana yang lebih pantas khususnya untuk mangsa-mangsa bencana.
"Peta bencana, banjir dan tanah runtuh boleh dibuat bersesuaian dengan keperluan komuniti. Komuniti mungkin perlu tahu mengenai kedalaman paras air. Dalam peta yang sama mungkin perlu ada tanda kawasan-kawasan dan laluan-laluan yang selamat. Peta ini tidak sepatutnya statik, sebaliknya perlu dinamik,” ujarnya.
Setakat 9.30 malam, Selasa, 140 buah PPS telah dibuka melibatkan lapan negeri, yang menempatkan 20,056 mangsa daripada 6,895 keluarga, akibat bencana banjir.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan musim Monsun Timur Laut (MTL), yang bermula pada 13 November lepas dijangka berterusan hingga Mac 2026.
Agenda AWANI: Tangani impak hujan lebat, banjir
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#banjir
#mangsa banjir
#PPS
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan