awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 6,313 di lima kawasan

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
26/01/2023
01:40 MYT
Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 6,313 di lima kawasan
Bilangan mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 6,313 orang setakat jam 8 pagi hari ini. -JPBN Sabah
KOTA KINABALU: Bilangan mangsa banjir di Sabah naik mendadak kepada 6,313 orang setakat jam 8 pagi hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan ia melibatkan 2,187 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima kawasan terjejas iaitu Paitan, Pitas, Kudat, Lahad Datu, dan Kota Marudu.
"Daripada keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan, 4,122 mangsa adalah golongan warga emas, manakala 2,193 merupakan kanak-kanak dan bayi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat ini, terdapat 26 pusat pemindahan sementara (PPS) yang kini diaktifkan dan menempatkan kesemua mangsa dari lima kawasan terjejas.
"Ia termasuklah 7 PPS di Paitan, Pitas (4 PPS), Kota Marudu (11 PPS), Kudat (3 PPS), dan Lahad Datu dengan 1 PPS.
"Manakala daerah yang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi setakat ini ialah daerah Kota Marudu (4,784 mangsa), diikuti dengan daerah Kudat (761 mangsa), Pitas (406 mangsa), Paitan (343 mangsa), dan Lahad Datu (18 mangsa)," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan terdapat perpindahan mangsa dari PPS lama ke PPS baharu.
Topic Berkaitan
#banjir
#pusat pemindahan
#JPBN Sabah
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan