KUALA LUMPUR: Daerah Kota Marudu terus merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,653 orang daripada 3,371 orang di seluruh Sabah setakat pukul 2 petang Selasa.
Kemas Kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah ia diikuti Pitas dengan 307 mangsa daripada 127 keluarga; Telupid (228 orang); Paitan (99 orang); Sandakan (46 orang) dan Beluran 38 orang.
Jelas kenyataan APM Sabah, sebanyak 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka melibatkan enam daerah yang terjejas iaitu Kota Marudu, Pitas, Paitan, Sandakan, Beluran dan Telupid.
"Trend semasa dilihat meningkat sedikit berbanding laporan setakat pukul 8 pagi Selasa.
"Pecahan mangsa mengikut jantina pula 1,034 perempuan dewasa; 943 (lelaki dewasa); 737 (kanak-kanak lelaki) dan 657 kanak-kanak perempuan," katanya.
Selain itu, kenyataan APM Sabah yang memetik Jabatan Mineral dan Geosains Sabah memaklumkan terdapat 10 lokasi kejadian tanah runtuh berlaku di negeri itu.
Ia melibatkan daerah Sandakan, Kinabatangan, Pitas, Beluran, Ranau dan Tambunan.
"Kesemua lokasi tanah runtuh ini adalah melibatkan kawasan jalan, perumahan dan pertanian," katanya.
Astro Awani
Tue Jan 04 2022

Seorang penduduk mengangkat beg pakaian melalui kayu balak yang dijadikan jambatan sementara selepas jambatan sedia ada terputus akibat banjir di Ladang Ulu, Pamol hari ini. - Bernama

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Dera Kanak-Kanak | Pekerja kontraktor ditahan
Seorang kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya.

Kes Buli | Polis terima keterangan dari 30 pelajar
Seramai 30 pelajar sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) berasrama penuh di Nilai diambil keterangan bagi membantu siasatan membabitkan kes buli pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.

Banjir Sabah: Keadaan beransur pulih, 707 mangsa masih berada di PPS
Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun daripada 707 berbanding 1,435 mangsa yang dilaporkan semalam.

Banjir Sabah: 1,826 mangsa ditempatkan di 16 PPS
Seramai 1,826 mangsa daripada 698 keluarga dipindahkan ke 16 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian banjir di Sabah.

Banjir Sabah: Lebih 4,000 pelajar terjejas, 24 sekolah ditutup
Seramai lebih 4,000 pelajar dilaporkan terjejas susulan banjir yang melanda dua daerah iaitu di Sabah, pada Rabu.

Banjir Sabah: 1,330 mangsa banjir di Beaufort dan Tenom dipindahkan ke PPS
Seramai 1,330 daripada 452 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara (PPS), di dua daerah di Sabah, setakat 8 pagi Rabu.

Lapan sekolah ditutup di Sabah akibat banjir, lebih 2,400 pelajar jalani PdPR
Lapan sekolah melibatkan lebih 2, 400 murid dan 204 guru di tiga daerah diarah tutup susulan banjir yang berlaku sejak semalam, kata Datuk Mistrine Radin.

Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.

Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.

559 mangsa banjir Pitas masih berlindung di dua PPS pagi ini
Dua PPS itu ialah Dewan Kampung Kusilad yang menempatkan 49 mangsa dan Dewan Kampung Sinukab dengan 510 mangsa.

Situasi banjir Sabah tidak berubah malam ini
Situasi banjir di Pitas malam ini tidak berubah dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dan jumlah mangsa banjir di daerah itu kekal 583 orang daripada 190 keluarga.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa naik mendadak kepada 719 orang
Empat PPS masih dibuka dengan PPS Dewan Kampung Sinukab menempatkan mangsa paling ramai iaitu 510 daripada 170 keluarga.