KOTA MARUDU: Banjir yang melanda Kota Marudu sejak Jumaat lepas memberi 'rezeki' kepada seorang penduduk di Kampung Tinondukan Bodi dekat sini, apabila pelbagai jenis ikan air tawar dapat ditangkap menggunakan pukat yang dipasang di sekitar kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya.
Jeffrey Ongod, 58, yang berpengalaman selama 40 tahun sebagai nelayan berkata aktiviti memasang pukat ketika banjir adalah satu kebiasaan buat dirinya sebagai ikhtiar mencari sumber rezeki tambahan memandangkan dia tidak dapat turun ke laut sepanjang musim tengkujuh.
Bapa kepada enam anak itu mula memasang pukat pada pagi Ahad selepas kawasan rumahnya dinaiki air susulan hujan berterusan di Kota Marudu, dan menurutnya, dia sudah menangkap lebih 10 kilogram ikan seperti puyu, keli dan tilapia.
"Setiap kali banjir saya akan memasang pukat di sekitar kawasan rumah, setahun mungkin sekali atau dua kali sahaja, mencari sumber rezeki tambahan sebab kami tidak dapat ke laut sekiranya banjir dan keadaan cuaca tidak menentu.
"Sehari saya boleh dapat kira-kira lima kilogram ikan dengan hasil memukat. Ikan-ikan ini ada yang saya jual pada harga RM15 sekilogram dan ada juga yang diberikan kepada kawan-kawan, selain untuk makan sendiri," katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Kota Marudu, yang terletak di bahagian utara Sabah kira-kira 122 kilometer dari Kota Kinabalu, merupakan daerah paling terjejas banjir sejak Jumaat lepas membabitkan ribuan mangsa dan keluarga dari pelbagai kampung di daerah itu.
Difahamkan, banjir mengejut di daerah itu berlaku susulan taburan hujan melebihi paras biasa antara 40 hingga 50 milimeter sehari kepada 200 milimeter sehari menyebabkan air di beberapa sungai di daerah berkenaan naik dan melebihi aras bahaya.
Lima daerah lain turut terjejas banjir ialah Pitas, Paitan, Telupid, Beluran dan Sandakan.
Secara keseluruhannya pagi ini, Sabah merekodkan seramai 3,385 mangsa banjir daripada 1,329 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Jeffry Ongod dari Kampung Tinondulan Bodi, Kota Marudu memasang pukat untuk mencari rezeki di sebuah ladang kelapa sawit kampung itu hari ini. - Bernama
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.