awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sabah perlu sistem ramalan kaji cuaca lebih canggih - Bung Moktar

Bernama
Bernama
07/02/2022
06:41 MYT
Banjir: Sabah perlu sistem ramalan kaji cuaca lebih canggih - Bung Moktar
Bung berkata, dengan ketepatan ramalan cuaca, maklumat diperoleh boleh disalurkan lebih awal kepada orang ramai. - Foto Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memerlukan sistem ramalan kaji cuaca yang canggih dengan kemampuan menyalurkan maklumat tepat dalam usaha mengurangkan kesan banjir terutama di kawasan sering terdedah dengan bencana itu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata dengan ketepatan ramalan cuaca, maklumat diperoleh boleh disalurkan lebih awal kepada orang ramai sekali gus memberi ruang untuk bersiap-siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir di kawasan masing-masing.
"Jika kita memiliki sistem ramalan kaji cuaca yang lebih canggih dan efisien, kita boleh bersedia lebih awal dan ini sudah tentu mampu mengurangkan impak banjir yang berlaku selain dapat menggerakkan bantuan lebih awal kepada mangsa.
"Kita akan mencadangkan perkara ini (keperluan sistem ramalan kaji cuaca yang canggih) kepada kerajaan Persekutuan untuk memohon peruntukan memandangkan Sabah juga berhadapan risiko banjir yang berlaku hampir setiap tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Bung Moktar, pengalaman beberapa negeri termasuk Sabah berhadapan bencana banjir secara tiba-tiba dan telah mengakibatkan kerugian besar perlu dijadikan pengajaran agar langkah proaktif segera diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Menteri Kerja Raya Sabah itu juga berkata Pusat Kawalan Operasi Bencana di seluruh daerah di Sabah juga perlu dilengkapi dengan peralatan bantuan menyelamat mangsa banjir dan ia mestilah dalam kondisi yang baik bagi memastikan operasi menyelamat mangsa banjir berjalan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#sistem ramalan cuaca canggih
#banjir sabah
#persediaan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan