awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sampan berusia lebih 50 tahun nadi pengangkutan utama

Bernama
Bernama
10/03/2023
04:52 MYT
Banjir: Sampan berusia lebih 50 tahun nadi pengangkutan utama
Mohd Ehsan Suterisno menjadikan sampan kolek warisan keluarganya sebagai pengangkutan utama setelah kediamannya ditenggelami air banjir sedalam hampir dua meter. - Foto BERNAMA
BATU PAHAT: Sebuah sampan berusia lebih 50 tahun yang sebelum ini hanya disimpan di bahagian belakang rumah, kini menjadi pengangkutan utama bagi sebuah keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan di sini ditenggelami banjir.
Pemilik generasi ketiga sampan berkenaan, Mohd Ehsan Suterisno, 38, berkata sampan itu menjadi pengangkutan harian dia sekeluarga memandangkan kawasan sekitar rumahnya dinaiki air mencecah hampir dua meter sejak 3 Mac lepas.
Katanya sampan yang dikenali sebagai sampan kolek dibuat pada 1970-an itu pernah digunakan oleh datuknya sekitar tahun yang sama sebelum digunakan oleh bapanya pada 1980-an ketika berdepan dengan situasi banjir.
"Sebelum ini banjir di kawasan rumah hanya naik hingga paras betis sahaja dan kenderaan berat masih boleh melalui jalan di sekitar rumah, namun kini sampan ini amat diperlukan kerana air naik begitu cepat hingga hampir paras dua meter," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Parit Lapis Bangas, Sri Medan di sini hari ini.
Mohd Ehsan berkata sampan warisan keluarga yang diperbuat daripada kayu merbau itu bukan hanya berjasa kepada keluarganya sahaja, malah turut dijadikan kenderaan untuk mengangkut barangan keperluan untuk dihantar ke PPS yang dihuninya.
Menurut Mohd Ehsan, PPS yang dibuka sejak 2 Mac lepas itu telah terputus hubungan jalan darat dan hanya boleh diakses dengan menggunakan sampan atau bot sahaja.
"Satu-satunya jalan darat untuk ke PPS ini adalah melalui River Estate di Yong Peng dan sekiranya ada bantuan terutama daripada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sampan inilah yang akan digunakan.
"Saya akan jaga dan simpan sampan ini sebaik-sebaiknya kerana banyak jasanya untuk keluarga kami sejak turun-temurun dan turut akan memberitahu kepada anak-anak agar dapat menjaganya dengan baik suatu hari nanti," katanya sambil berharap banjir besar itu tidak akan berulang pada masa akan datang.
Setakat 8 pagi tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 45,218 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 38,134 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#sampan warisan
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan