awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: 1,511 mangsa di 14 PPS pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2024
00:20 MYT
Banjir Sarawak: 1,511 mangsa di 14 PPS pagi ini
Hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu. - Gambar hiasan
KUCHING: Jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 14 setakat jam 8 pagi ini dengan peningkatan mangsa banjir melibatkan 1,511 orang daripada 396 keluarga.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, enam PPS adalah di daerah Kuching, tiga di Siburan, dua di Bau, dua di Balai Ringin, serta satu di Lundu.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di kawasan selatan dan tengah wilayah berkenaan.
Hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Sibu.
Terdahulu, hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan negeri ini sehingga jalan memasuki kawasan penempatan terputus.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Sarawak
#PPS
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan