awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sarawak: 16 pelajar SPM dibantu pihak bomba ke dewan peperiksaan

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
28/02/2023
04:22 MYT
Banjir Sarawak: 16 pelajar SPM dibantu pihak bomba ke dewan peperiksaan
BAU: Seramai 16 pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake, Bau hadir menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dibantu pasukan bomba selepas laluan di kampung mereka terputus ekoran banjir kilat pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memohon bantuan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau untuk membantu memindahkan kesemua pelajar terbabit sebelum waktu peperiksaan bermula.
“Pihak BBP Bau menerima panggilan daripada pelbagai pihak ketua kampung, pengetua SMK Lake dan pegawai PPD Bau untuk memindahkan seramai 16 orang kesemua.
“Operasi berjalan lancar dengan menggunakan pengangkutan lori dan bot walaupun lokasi setiap pelajar agak jauh sehingga satu kilometer memandangkan mereka dari kampung-kampung yang berlainan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Selasa.
Jelasnya beberapa laluan utama di perkampungan yang terjejas dinaiki air yang tidak boleh dilalui oleh penduduk atau mana-mana kenderaan.
“Air mula naik sejak malam tadi, maka beberapa laluan kampung tempat pelajar terbabit tinggal terputus tidak boleh dilalui sama sekali.
“Semua mereka sempat menduduki peperiksaan dihantar ke sekolah menggunakan lori bomba, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Gubang, Kampung Belimbing dan Kampung Bijongon,” ujarnya.
Untuk rekod, hari ini pelajar SPM di seluruh negara akan menduduki ujian Matematik Aneka Pilihan Kertas 1,Matematik Kertas 2, Bible Knowledge, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1 serta Turath Al-Quran dan Al-Sunnah Kertas 1.
Terdahulu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan setakat ini dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah Bau.
PPS tersebut menempatkan 17 mangsa melibatkan tujuh keluarga melibatkan PPS Dewan Tanjung Batu Tasik Biru dan PPS Balai Raya Kampung Opar yang beroperasi seawal jam 6.40 pagi hari ini.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#banjir Sarawak
#pelajar SPM
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan