KUALA LUMPUR: Sarawak dan Selangor antara negeri terbaharu terjejas banjir menyaksikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka di kedua-dua negeri berkenaan, setakat 8 pagi ini.
Sementara itu, mangsa banjir di Perak meningkat berbanding malam tadi manakala Terengganu serta Kelantan semakin berkurangan, sebaliknya mangsa banjir di Pahang tidak berubah.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan sejumlah tiga PPS dibuka di negeri itu setakat 7 pagi ini, bagi menempatkan 119 mangsa banjir yang melibatkan 30 keluarga.
Menurut laporan jawatankuasa itu, kesemua PPS berkenaan terletak di bahagian Kuching, dengan dua daripadanya mula beroperasi sejak awal pagi tadi.
PPS terlibat ialah PPS Dewan Kampung Bedaun dan PPS Balai Raya Kampung Jugan yang masing-masing menempatkan seramai 75 dan 40 mangsa manakala PPS Balai Raya Kampung Opar hanya menempatkan empat mangsa.
Di SELANGOR, Sekretariat JPBN Selangor memaklumkan dua PPS dibuka sejak malam tadi iaitu SK Merbau Sempak, Shah Alam membabitkan 20 mangsa dan Dewan MPKS Desa Coalfield, Kuala Selangor melibatkan 34 mangsa.
Di PERAK, mangsa banjir meningkat kepada 50 orang daripada 17 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 41 orang daripada 15 keluarga di dua daerah pada malam tadi.
Jurucakap Sekretariat JPBN berkata PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abd Rahman Talib (SMART) yang dibuka buat kali keenam sejak bulan lepas, menempatkan 24 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Batu 7 Changkat Jong, Hilir Perak setakat semalam.
Sementara PPS SK Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk tiada perubahan apabila seramai 26 orang daripada 12 keluarga kekal berlindung di PPS itu.
Menurut jurucakap itu, paras air Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak masih melepasi paras amaran iaitu 3.26 meter (m) ketika ini dan hujan dilaporkan di kebanyakan kawasan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 25,895 orang berbanding 27,396 orang malam tadi.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 6,844 keluarga ditempatkan di 181 PPS di kesemua lapan daerah di negeri itu.
Daerah Kemaman mencatatkan seramai 5,439 mangsa; Dungun 5,201 mangsa; Besut 4,309 mangsa; Hulu Terengganu 3,567 mangsa; Kuala Nerus 3,561 mangsa; Kuala Terengganu 2,503 mangsa; Setiu 1,118 mangsa; manakala Marang 197 mangsa.
Di KELANTAN seramai 24,297 mangsa banjir daripada 7,623 keluarga berlindung di PPS pagi ini, berkurang berbanding 24,690 orang daripada 7,709 keluarga malam tadi.
Sekretariat JPBN memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan 75 PPS di sembilan jajahan membabitkan Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu, Bachok, dan Tumpat, Jeli dan Machang.
Di PAHANG, rekod Sekretariat JPBN pagi ini menunjukkan angka mangsa banjir kekal 23 orang daripada enam keluarga di satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Kuantan.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan paras air Sungai Keratong, Rompin dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran serta Paloh Hinai, Pekan turut kekal melepasi tahap amaran.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Segamat kekal 46 orang.
JPBN memaklumkan dua PPS masih dibuka di daerah itu melibatkan seramai 34 orang di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 12 orang di Dewan Komuniti Kampung Tasek.
"Kesemua mangsa daripada 14 keluarga itu adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Segamat," menurut jawatankuasa itu dalam kenyataan, hari ini.
Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan lima sungai di negeri ini berada pada aras waspada iaitu Sungai Muar (Buloh Kasap) dengan ketinggian 8.40 m; Sungai Muar (Kampung Awat) 18.97 m; Sungai Sembrong (Empangan Sembrong) pada 10.04 m; Sungai Ayer Hitam (Kampung Paya Embun) pada 4.77 m dan Sungai Endau (Kampung Labong) pada 1.29 m.
Sementara itu, cuaca dilaporkan hujan di Johor Bahru, Muar, Mersing, Pontian, Segamat, Kluang dan Batu Pahat; manakala cuaca cerah di Kota Tinggi, Tangkak serta Kulai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2022
Di Sarawak, JPBN memaklumkan sejumlah tiga PPS dibuka di negeri itu setakat 7 pagi ini, bagi menempatkan 119 mangsa banjir yang melibatkan 30 keluarga. - Foto fail/Astro AWANI
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.