NATIONAL
Banjir Sarawak: Dua daerah terjejas, 132 mangsa ditempatkan di PPS

Kemas kini setakat pukul 10 pagi, 132 mangsa daripada 42 keluarga dipindahkan di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang sejak petang Rabu.
LAWAS: Jumlah mangsa yang terkesan akibat banjir di daerah Limbang dan Marudi di Sarawak meningkat kepada 662 mangsa.
Kemas kini setakat pukul 10 pagi, 132 mangsa daripada 42 keluarga dipindahkan di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang sejak petang Rabu.
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Zulfaituri Ramlee, kesemua mangsa telah diberikan bantuan makanan dengan kekuatan 12 anggota pertahanan awam (APM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Selain itu, 530 mangsa daripada 103 rumah di Kampung Long Bemang, Marudi tidak dipindahkan dan mereka masih tinggal di tingkat atas rumah masing-masing.Bagaimanapun, bekalan elektrik ditutup sementara waktu oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi keselamatan penduduk kampung.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Henderi Ardimansyah turut melaporkan perkampungan sekitar pekan Marudi mula dinaiki air pada pukul 7.00 pagi Khamis melibatkan Kampung Dagang Jalan Ridan-Feri, Kampung Baru, Kampung Narum serta kawasan kedai atau Kampung Cina.
“Trend air menaik dalam anggaran tiga inci berbanding semalam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami