awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 'Saya tangkap ular demi keselamatan penduduk setempat'

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2021
09:48 MYT
Banjir: 'Saya tangkap ular demi keselamatan penduduk setempat'
Alasan Mohd Asri dia hanyalah hendak memastikan reptilia yang menjadikan habitatnya di sekitar kampung itu tidak mati selain demi keselamatan penduduk. - Foto Astro AWANI
BANTING: Di Kampung Bukit Changgang ketika rata-rata penduduk cuba menyelamatkan barangan rumah serta kenderaan mereka daripada dinaiki air, muncul seorang pemuda Mohd Asri Saru, 30, yang memilih untuk menyelamatkan ular sawa di sekitar kawasan itu.
Niatnya hanyalah untuk memastikan reptilia yang menjadikan habitatnya di sekitar kampung itu tidak mati selain demi keselamatan penduduk.
"Sabtu malam Ahad bila air banjir mula nak masuk, saya dapat tangkap seekor.
"Saya akan lepaskan selepas banjir, kalau ada panggilan saya akan tangkap ular untuk keselamatan penduduk.
"Saya tak beri kepada orang, akan dilepaskan ke sungai, biasa saya lepaskan ke sungai ular tidak akan patah balik sebab ular ini akan balik ke habitatnya," jelasnya ketika ditemui di sini hari ini.
Meskipun rumahnya sendiri turut tenggelam melepasi bumbung, namun katanya khidmat kepada penduduk diutamakan.
"Memang sudah biasa tangkap. Buat masa ini, ini sahaja yang jumpa. Dalam tahun ini sahaja dekat Bukit Changgang hendak dekat 20 ekor ular sawa dapat saya tangkap dan dilepaskan ke sungai. Malam (banjir) itu sahaja saya banyak jumpa ular.
"Malam itu ada orang panggil untuk saya selamatkan ular ini, saya belajar sifat ular apa yang binatang ini suka dan tak suka.
"Saya juga mandikan ular ini, untuk hilangkan bau supaya dia tak mati. Ular sawa ini tak boleh lama sangat dekat air, sebab habitat dia dua alam," jelasnya.
Sementara itu, pemerhatian Astro AWANI mendapati paras air genang di kawasan kampung mulai surut di beberapa kawasan.
Bagaimanapun, masih ada kawasan ditenggelami banjir paras pinggang dan dada.
Turut kelihatan, kerja kerja pembersihan di kediaman terjejas oleh penduduk di kampung berkenaan selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta sukarelawan.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#tangkap ular
#selamatkan penduduk
#Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan