SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenal pasti 30 masjid, 60 surau dan 30 sekolah agama yang terjejas teruk akibat banjir dan mengalami kerosakan, serta memerlukan penyelenggaraan dan baik pulih segera, setakat 10 pagi tadi.
Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik, sistem pembesar suara, sejadah, mashaf al-Quran, kitab dan bahan bacaan, perabot, alatan masjid, siling dan bumbung masjid perlu kepada kerja pembaikan agar dapat kembali berfungsi dengan segera.
"Institusi sekolah agama di bawah seliaan jabatan ini juga menghadapi situasi sama. Jabatan ini menjangkakan angka masjid, surau dan sekolah terlibat akan menjadi lebih besar ekoran paras air di beberapa daerah seperti Kuala Langat dan Kuala Selangor mula naik sejak pertengahan malam tadi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Justeru, beliau berkata jawatankuasa khas JAIS peringkat negeri dan daerah ditubuhkan serta merta bagi menyelaras jenis dan bentuk bantuan kepada mangsa banjir melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).
"Jawatankuasa bermesyuarat pagi tadi bersetuju untuk mengambil langkah segera menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan mengikut skop dan jenis bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dan seterusnya di peringkat pasca bencana," katanya.
Mohd Shahzihan berkata jawatankuasa khas turut membuat keputusan menyalurkan bantuan kelengkapan 210 unit water jet bagi kemudahan masjid, surau dan sekolah, serta bantuan keperluan makanan basah di semua PPS di 36 masjid dan surau dari Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) berjumlah RM250,000.
"TIJARI, LZS dan TERAS akan terus menyalurkan sumbangan makanan kering dan keperluan harian di PPS yang lain. Turut diputuskan ialah penyaluran bantuan kelengkapan pembersihan oleh MAIS dan penggantian karpet masjid dan surau yang terjejas oleh LZS," katanya.
Beliau berkata bagi memastikan usaha penyelarasan bantuan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan, Bilik Gerakan Khas diwujudkan serta-merta dan akan beroperasi dari 8 pagi hingga 6 petang dan boleh dihubungi di talian 03-5514 3439 atau 03-5514 3761.
Bilik Gerakan itu akan memberi informasi terkini masjid, surau dan sekolah yang terjejas serta maklumat lain yang diperlukan oleh mana-mana pihak dari dalam dan luar Selangor, berhubung hasrat menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa dan institusi terjejas banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021
Hampir keseluruhan karpet masjid dan surau rosak, selain kelengkapan elektrik antaranya sistem pembesar suara. - Gambar/ FB Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.
Banjir: Kerajaan Selangor minta PBT kenal pasti longkang tersumbat
Kerajaan negeri Selangor meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti kawasan perumahan yang mempunyai masalah longkang tersumbat.