Banjir semakin surut di empat jajahan Kelantan

Muhafandi Muhamad
November 30, 2017 09:16 MYT
Keadaan banjir di Kelantan semakin baik apabila empat daripada sembilan jajahan yang terlibat mulai surut petang tadi. - FotoBERNAMA
Keadaan banjir di Kelantan bertambah baik apabila paras air di empat daripada sembilan jajahan yang terlibat mulai surut petang tadi.
Jajahan Jeli, Bachok, Kuala Krai dan Machang mulai pulih dengan semua pusat pemindahan di jajahan berkenaan ditutup petang tadi.
Sementara itu tinjauan udara bersama Unit Udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jajahan Tanah Merah, Pasir Mas dan Rantau Panjang mendapati air di kebanyakan kawasan mulai surut.

#banjirkelantan Jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan setakat jam 5 petang ini 13,074 melibatkan 5998 keluarga. 4 jajahan telah pulih banjir. Untuk perkembangan layari @501Awani pic.twitter.com/97Z3cAXw5M

— Fandi Muhamad (@muhafandy501) November 30, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini mengambarkan bahawa gelombang pertama banjir yang melanda negeri berkenaan sejak tiga hari lalu mulai reda.
Harapan mangsa untuk pulang ke rumah mungkin terpaksa dilupakan memandangkan mangsa banjir berkemungkinan berdepan dengan fenomena air bertakung atau air mati.
“Kawasan yang kita tinjau ialah Tanah Merah, Rantau Panjang dan Machang dan kita dapati air dah mula surut dan juga kawasan-kawasan yang air statik,” jelas Pengarah JBPM Kelantan, Nazili Mahmood.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hujan yang melanda Pulau Pinang dan Perak hari ini diramal berlarutan sehingga lewat pagi esok.
Sementara hujan diramal berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Pahang bermula petang ini dan boleh berlarutan sehingga malam.
#air #air bertakung #air mati #banjir #banjir kelantan #Banjir pantai timur #bomba #Kedah #Kuala Krai #Malaysia #mangsa #mangsa banjir #mati #mati lemas #monsun #Pahang #Pasir Mas #Perlis #pusat pemindahan #rumah