awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Seramai 43 mangsa dipindahkan di Beaufort

Bernama
Bernama
23/03/2022
04:36 MYT
Banjir: Seramai 43 mangsa dipindahkan di Beaufort
Sebuah rumah yang turut terjejas dengan banjir di Kampung Lama Tenom ketika tinjauan hari ini. -Bernama
BEAUFORT: Seramai 43 mangsa banjir daripada 14 keluarga dari Kampung Suasa di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Datuk Mohd Dun Banir semalam, setelah rumah mereka dilanda banjir.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan PPS berkenaan mula dibuka Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan cuaca hujan melanda daerah itu, sejak beberapa hari lepas.
"Setakat ini hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Suasa dan proses pemantauan di kawasan banjir masih giat dijalankan oleh agensi yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Proses kemas kini maklumat mangsa banjir masih dijalankan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) pagi ini.
Dalam pada itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort memberitahu pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian banjir itu pada pukul 2.53 petang semalam sebelum bergegas ke kampung berkenaan sejauh kira-kira 30 kilometer dari pekan Beaufort bagi membantu memindahkan mangsa banjir.
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan seramai 653 mangsa daripada 115 keluarga masih berada di tiga PPS daerah Tawau akibat kejadian kebakaran rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 17 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hujan lebat
#Kampung Suasa
#PPS Datuk Mohd Dun Banir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan