Banjir: Siap siaga agensi pengurusan bencana pada skala 10/10 - TPM Zahid

Harits Asyraf Hasnan
November 29, 2017 07:20 MYT
Mangsa banjir Asmah Yusoff, 50, (kanan) dibantu anaknya Mohd Azmi Jusoh, 30, membersih lumpur pada rumah mereka akibat banjir malam tadi di Kampung Kerbau Menyusup pada 27 Nov. - FotoBERNAMA
Semua agensi pengurusan bencana kini telah bersiap siaga sepenuhnya berdepan gelombang kedua bencana banjir yang semakin meruncing terutama di negeri Pantai Timur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kesiapsiagaan itu termasuk melengkapkan senarai semak bantuan dan mobilisasi aset di semua negeri yang dilanda banjir.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, secara skala dari 1 hingga 10, beliau meletakkan kesiapsiagaan semua agensi pengurusan bencana pada skala 10.
"Koordinasi itu dilakukan bukan hanya berkala tetapi secara berstruktur kerana kami telah keluarkan senarai semak kepada agensi-agensi terlibat.
"Kita kita telah bahagikan kerja dan kawasan yang bertanggungjawab terhadap semua agensi.
"Selain itu, aset-aset juga telah siap siaga di tempat berkenaan dan kita akan terus mobilisasikan semua aset-aset berkenaan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Tambah beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah pun berada di Kelantan dan Terengganu untuk memantau proses pemindahan dan saluran bantuan.
BACA: Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 10,000
BACA: Seorang kanak-kanak dan remaja korban banjir di Pantai Timur
BACA: Petugas JKM turut jadi mangsa banjir
Malah, amaran awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah membantu koordinasi bantuan dan pemindahan dengan lebih efisyen terutama mengelakkan daripada kemudaratan yang lebih serius.
#aset #banjir #bencana #gelombang kedua #Jabatan Meteorologi Malaysia #jawatankuasa bencana negara #Kelantan #MetMalaysia #Pantai Timur #Perlis #terengganu #Timbalan Perdana Menteri #Zahid Hamidi