KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperuntukkan RM30 juta menerusi Tekun Nasional dalam usaha membantu usahawan mikro dan informal yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, Tekun Nasional juga memberikan moratorium selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.
Jelas beliau, moratorium ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 4,000 usahawan Tekun dan bermula serta-merta.
"Manakala Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memberi moratorium secara automatik kepada Sahabat AIM bermula 20 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.
"Moratorium Bersasar dengan penangguhan bayaran balik. Sahabat AIM yang terkesan boleh membuat permohonan untuk menangguh bayar balik pinjaman sebanyak 4 kali dengan maksimum tempoh penangguhan selama setahun dan membuat penjadualan balik pinjaman sehingga 3 tahun," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Tekun Nasional menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada Bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.
Noh juga berkata, seramai 9,200 Sahabat AIM yang terlibat dengan banjir juga akan menerima bantuan Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS).
Kata beliau, bantuan diberikan kepada rumah yang terlibat banjir sebanyak RM300 manakala jumlah yang sama diberikan untuk projek yang terlibat banjir.
"Sekiranya terlibat dalam keduanya, mereka layak menerima bantuan sebanyak RM600. Bantuan daripada AIM ini akan memberi manafaat kepada 9,200 Sahabat AIM.
"Ini adalah utk membantu kumpulan Keluarga Malaysia yg terjejas banjir," katanya lagi.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan, mangsa banjir di seluruh negara akan menerima kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.
Bantuan itu adalah sebahagian daripada inisiatif yang akan dilaksanakan beberapa agensi kerajaan dan sektor perbankan bagi meringankan beban rakyat dan perniagaan terutama Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat bencana banjir.
Astro Awani
Wed Dec 29 2021
Tekun Nasional juga memberikan moratorium selama enam bulan kepada peminjam yang terkesan dengan banjir.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.