BAGAN SERAI: Banjir yang berlaku di kawasan Alor Pongsu ketika ini disifatkan antara terburuk dihadapi penduduk sekitar sejak kali terakhir dilanda musibah yang sama 18 tahun lepas.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati, kawasan kediaman penduduk seperti di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima masih lagi digenangi air sedalam satu meter sejak banjir mula melanda pada Jumaat.
Situasi itu mengejutkan penduduk kampung yang rata-rata tidak bersedia dan tidak sempat menyelamatkan harta benda atau dokumen penting ketika musibah itu melanda ekoran hujan lebat berpanjangan sejak awal pagi Jumaat lalu hingga menyebabkan paras air naik dengan mendadak.
Pemandu lori, Jamaludin Ahmad, 54, yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu, di sini, berharap agar bencana yang melanda kawasan itu segera berakhir dan mangsa banjir boleh pulang ke kediaman masing-masing.
Beliau yang berada di PPS itu bersama-sama isteri dan empat orang anak berkata buat masa ini pihak berkuasa memaklumkan bahawa kawasan kediamannya di Kampung Matang Pasir masih digenangi air sedalam kira-kira satu meter dan penduduk tidak dibenarkan pulang lagi.
"Paras air (satu meter) itu masih tetap sama sejak saya sekeluarga dipindahkan ke sini sejak Jumaat. Jadi, saya harap dalam masa terdekat ini cuaca kembali baik, air di kawasan rumah pun boleh cepat surut dan kami boleh pulang.
"Fikiran pun agak runsing sekarang sebab tidak sangka banjir teruk ini akan berlaku lagi selepas 2003 yang lalu," katanya ketika ditemui Bernama dan beliau turut bersedih kerana banyak barangan berharga termasuk motosikal, peti ais, perabot dan mesin basuh tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, ibu tunggal Saerah Abdul Rahman, 75, yang tinggal di Kampung Parit Simpang Lima berkata, pengalaman kediamannya dinaiki air secara mendadak sememangnya di luar jangkaannya namun bersyukur kerana jiran tetangga banyak membantu menyelamatkan barang berharga sebelum diarah berpindah ke PPS SK Alor Pongsu.
"Saya memang takut sebab tinggal berseorangan. Air pada mulanya hanya pada paras buku lali sahaja tetapi naik mendadak hingga ke paras dada bermula pukul 1.30 pagi, semalam. Nasib saya baik, ada jiran dan sanak-saudara yang tinggal berdekatan dalam membantu menyelamatkan apa yang patut dari hilang dibawa air," katanya.
Seorang lagi ibu tunggal, Salasiah Hashim, 71, berkata beliau berharap ada bantuan yang akan dihulurkan oleh mana-mana pihak berwajib bagi meringankan beban selepas banyak peralatan rumah yang rosak akibat bencana tersebut.
Beliau yang mendiami Kampung Matang Pasir selama lebih 30 tahun turut memberitahu dia juga tidak sempat untuk mengemaskan barang-barang berharga kerana hanya tinggal berseorangan sewaktu bencana itu berlaku.
Menurut data banjir, sehingga pagi ini mangsa banjir di Perak mencatatkan sedikit peningkatan dengan 291 orang daripada 79 keluarga berbanding 284 semalam yang ditempatkan di empat PPS di tiga daerah.
Ini termasuk di daerah Larut, Matang dan Selama dengan PPS SK Alor Pongsu kini menempatkan 68 orang daripada 19 keluarga manakala jumlah mangsa di PPS SK Matang tidak berubah dengan 102 orang daripada 32 keluarga ditempatkan di situ.
Banjir kali juga menyebabkan laluan keluar masuk ke Plaza Tol Alor Pongsu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dinaiki air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat berikutan runtuhan ban rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Samagagah, Alor Pongsu di Kerian.
Dalam pada itu, polis menasihatkan mangsa banjir di kedua-dua PPS tersebut supaya tidak bimbang akan kehilangan harta benda kerana rondaan sentiasa dilakukan di kawasan rumah penduduk yang ditinggalkan akibat banjir.
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata seramai 20 anggota dari Balai Polis Bagan Serai dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian ditugaskan untuk membuat pemantauan dan rondaan secara berkala setiap hari bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk.
Selain itu, Mazuki berkata Bahagian Jenayah Komersial Daerah turut membuat pemantauan di laman sosial bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan mengutip derma bagi membantu mangsa banjir di daerah Kerian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Kawasan kediaman penduduk seperti di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima masih lagi digenangi air sedalam satu meter. - Foto BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.