awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/11/2024
10:31 MYT
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin meninjau banjir di kawasan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kemaman pada Rabu. -Astro AWANI
KEMAMAN: Hanya dua daerah di Terengganu masih terjejas dalam banjir gelombang pertama yang melanda negeri ini bermula Selasa.

Ringkasan AI
  • Hanya dua daerah di Terengganu, iaitu Kemaman dan Marang, yang masih terjejas akibat banjir gelombang pertama, dengan 2,545 mangsa daripada 637 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS).
  • Daerah Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,532 mangsa di lima PPS, manakala Marang mempunyai 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.
  • Banjir di daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya, dan hujan masih melanda beberapa kawasan tetapi menunjukkan trend penurunan.

Seramai 2,545 mangsa daripada 637 keluarga masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan daerah Kemaman dan Marang setakat jam 6 petang tadi.
Manakala banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Menerusi laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah Kemaman terus merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,532 mangsa, di mana sebanyak lima PPS masih diaktifkan bagi menempatkan 633 keluarga .
Sementara itu, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang.
Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa kawasan di negeri ini, namun ia menunjukkan trend penurunan.
Topic Berkaitan
#Kemaman
#banjir
#Marang
#terengganu
#gelombang pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan