awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Penduduk Kampung La masih trauma, air bah rosakkan hampir semua rumah

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
27/12/2022
10:11 MYT
Banjir Terengganu: Penduduk Kampung La masih trauma, air bah rosakkan hampir semua rumah
Air di Kampung La dilaporkan setinggi tiga meter menyebabkan banyak kerosakan rumah penduduk- Foto/ Astro AWANI
JERTEH: Situasi banjir di Terengganu semakin menampakkan pemulihan dengan air bah semakin surut, namun bagi penduduk di Kampung La, Jerteh, mereka masih trauma dengan kejadian yang berlaku minggu lalu.
Mana tidaknya, paras air pada ketika itu dilaporkan mencecah lebih tiga meter dengan menyaksikan hanya bumbung rumah sahaja kelihatan.
Dengan arus yang deras menyebabkan hampir setiap rumah alami kerosakan teruk, ia pastinya memberi igauan ngeri buat penduduk.
Papan tanda jalan turut tumbang disebabkan arus air banjir yang deras pada minggu lalu - Foto/AstroAWANI
Papan tanda jalan turut tumbang disebabkan arus air banjir yang deras pada minggu lalu - Foto/AstroAWANI
Bagi penduduk, mereka menyifatkan arus banjir yang deras sama seperti arus Sungai Besut yang terletak bersebelahan dengan Kampung La.
Salah seorang penduduk, Abdul Rani Ibrahim mendakwa, sepanjang dia menetap di kampung itu selama 66 tahun, ini musibah terburuk pernah berlaku.
"Kalau di kampung ni, orang kampung sudah biasa dengan air banjir, tahun ini dah dua kali berlaku iaitu Februari lepas.
"Tapi kali ini sangat teruk, selalu air naik paras pinggang sahaja, tapi kali ini sampai bumbung rumah, dalam 10 kaki juga ketinggian air," jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Setiap rumah boleh dikatakan mengalami kerosakan bumbung dan tiang susulan air banjir yang deras di Kampung La - Foto/AstroAWANI
Setiap rumah boleh dikatakan mengalami kerosakan bumbung dan tiang susulan air banjir yang deras di Kampung La - Foto/AstroAWANI
Selain arus deras, penduduk mendakwa segala ranting dan daun serta sampah sarap turut dibawa bersama sehingga struktur binaan rumah ‘terpukul’ oleh bendasing berkenaan.
Ia menyebabkan ada rumah yang runtuh malah sebahagian besar alami kerosakan teruk terutama rumah binaan kayu.
Antara kenderaan yang ditenggelami air banjir dengan keadaan kini berlumpur belum dibaiki lagi - Foto/AstroAWANI
Antara kenderaan yang ditenggelami air banjir dengan keadaan kini berlumpur belum dibaiki lagi - Foto/AstroAWANI
"Air naik dengan begitu cepat, kami cuma dapat selamatkan diri dan barang-barang penting sahaja dan terus menuju ke PPS.
"Dengan air yang deras bersama ranting dan daun pokok, banyaklah struktur rumah musnah, dan boleh kata setiap rumah ada rosak teruk," kata seorang lagi penduduk, Mohd Sharil Abdul.
Abdul Rani Ibrahim (kiri) dan Mohd Sharil (kanan) yang masih lagi belum dapat melupakan musibah yang dianggap terburuk sepanjang hayat mereka di Kampung La - Foto/AstroAWANI
Abdul Rani Ibrahim (kiri) dan Mohd Sharil (kanan) yang masih lagi belum dapat melupakan musibah yang dianggap terburuk sepanjang hayat mereka di Kampung La - Foto/AstroAWANI
Jelasnya ketika tempoh pascabanjir ini, mereka mengharapkan bantuan terus dihulur terutama sokongan kewangan dan sumber untuk melakukan pembersihan.
Ia terutama bagi golongan warga emas yang kebanyakan tinggal bersendirian di kampung berkenaan.
Topic Berkaitan
#banjir
#jerteh
#Kampung La
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan