MARANG:Meskipun cuaca kini telah kembali cerah dan panas sejak kira-kira empat hari lepas, namun penduduk di Kampung Padang Garam di sini masih 'terperangkap' di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air di kawasan rumah masing-masing masih tidak banyak berubah.
Ia merupakan satu fenomena yang dirujuk ramai sebagai 'banjir termenung', apabila air bagaikan bertakung di seluruh kampung, tidak dapat mengalir ke mana-mana.
Penduduk kampung Napisah Said, 71, berkata beliau terpaksa tinggal di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di sini, sejak 24 Nov lepas iaitu hari pertama banjir gelombang kedua melanda Terengganu sehingga ke hari ini, berikutan rumahnya masih dinaiki air hingga ke paras pinggang.
"Pada hari pertama banjir, air naik ke rumah hingga paras dada, hari ini air baru surut ke paras pinggang.
"Bila makcik tengok orang lain dapat pulang ke rumah makcik pun berasa tidak sabar hendak pulang juga sampaikan makcik telah siap mengemas pagi tadi.
"Namun tengah hari tadi penghulu kampung beritahu tidak boleh balik lagi sebab air masih tinggi.
"Kecewa juga makcik kerana bosan tidak dapat berbuat apa-apa di sini (PPS). Selalunya banjir 'termenung' antara seminggu hingga dua minggu.
"Paling lama sebulan. Harapnya kali ini tidak lah sampai sebulan. Jika tidak makcik pun turut 'termenung' sekali," katanya secara berjenaka ketika ditemui Bernama di PPS SMK Merchang, di sini hari ini.
Warga emas itu yang tinggal bersendirian berikutan lima anaknya telah berkahwin dan menetap di kawasan lain berkata, banjir 'termenung' merupakan situasi biasa yang dihadapinya sejak tinggal di Kampung Padang Garam kira-kira 40 tahun lepas.
Napisah berkata beliau juga tidak pernah membeli sebarang perabot seperti sofa di rumahnya kerana enggan menanggung kerugian akibat rosak setiap kali musim banjir.
Sementara itu Puteri Yasmin Abdul Mubi, 29, berkata situasi banjir termenung itu turut menenggelamkan kebun tembikainya seluas kira-kira dua hektar yang terletak di sekeliling rumahnya.
"Hujan hanya turun dua hari sahaja tetapi hendak tunggu air betul-betul surut ambil masa lebih seminggu.
"Nasib baik rumah saya tidak dimasuki air kerana rumah dibina tinggi tetapi halaman rumah masih dinaiki air hingga ke paras betis.
Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir yang turut merangkumi Kampung Padang Garam berkata banjir termenung yang menjejaskan kira-kira 16 penduduk dari tujuh buah rumah itu, berlaku disebabkan kedudukan kampung itu yang terlalu rendah.
Selain itu ia juga disebabkan aktiviti pembalakan pokok gelam yang terdapat di sekitar Kampung Padang Garam oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan sistem perparitan tersumbat, sekali gus mengakibatkan air dari kawasan banjir tidak dapat mengalir ke Sungai Merchang.
"Sistem perparitan itu sering dibaiki, tetapi selagi ada aktiviti pembalakan haram, masalah ini (banjir 'termenung') tidak akan selesai.
"Mereka yang membalak secara haram ini akan ambil batang-batang pokok gelam yang besar manakala ranting dan daun-daun ditinggalkan begitu sahaja menyebabkan air banjir oleh sisa-sisa pokok itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020

Puteri Yasmin berjalan di hadapan rumahnya yang ditenggelami air banjir termenung ketika tinjauan di Kampung Padang Garam hari ini. -fotoBERNAMA

Wanita hamil antara lima ditembak mati
Lima orang termasuk seorang wanita hamil ditemukan mati ditembak dalam sebuah rumah di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat.

Warga emas koma selepas terjun dari tingkat 12
Seorang lelaki warga emas berusia 57 tahun ditemui dalam keadaan parah selepas bertindak nekad terjun dari bangunan sebuah flat di Bandar Baru Sentul Sabtu lalu.

Kain rentang desak Zahid letak jawatan: UMNO Kuala Kangsar pula buat laporan polis
Ketua UMNO bahagian itu berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan tentang dalang yang bertanggungjawab menaikkan kain rentang itu.

Dadah | 13 ahli sindiket dadah terbesar akan didakwa Selasa
Seramai 13 ahli sindiket dadah terbesar negara termasuk ketua sindiket akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

PKP 2.0 | Penjawat awam antara 17 dikompaun ingkar SOP
Penjawat awam antara 17 individu yang dikompaun setelah didapati melakakukan aktiviti riadah di kawasan larangan sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

AWANI Ringkas: Ahli sindiket dadah terbesar negara didakwa esok | Lima termasuk wanita hamil maut dalam kejadian tembakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (3:00PM).

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal tangki ditahan
Kapal yang berdaftar di Sierra Leone itu membawa muatan minyak dalam perjalanan dari Linggi ke Indonesia.

#throwback Sofia Jane: "Inilah memorabilia saya"
Perkongsian foto-foto dan cerita lama Sofia Jane di Twitter mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Empat pemain kelab bola sepak Brazil maut nahas pesawat
Presiden kelab itu yang turut menaiki penerbangan sama juga meninggal dunia dalam nahas itu setelah pesawat tiba-tiba terhempas di hujung landasan semasa berlepas.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa menurun kepada 352 orang
Daerah Papar merupakan yang terkini pulih dari banjir.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal
Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan ditutup selepas banjir dilaporkan surut sepenuhnya di dua daerah berkenaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak kekal, Pahang menurun
Enam daerah di Sarawak mula dilanda banjir Rabu lepas berikutan keadaan hujan lebat dan fenomena air pasang besar yang berlaku serentak, sebelum keadaan mula reda pada Jumaat.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Serian setakat jam 12 tengah hari kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.