TELIPOK:Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah susulan bencana banjir baru-baru ini.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin, setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.
"Ada yang bertanya tentang banjir semalam, setakat ini tiada sekolah menengah yang ditutup kerana banjir.
"Setiap hari kami kutip data itu pukul 10 pagi dan pukul 4 petang," kata Mistirine ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok, Sabah, pada Rabu.
Untuk rekod, setakat Selasa, lebih 10 daerah di negeri ini terlibat banjir sejak 11 Januari lalu dengan daerah Pitas, Kota Belud, Beaufort dan Kota Marudu antara yang teruk terjejas.
Mistirine dalam lawatan berkenaan sempat melakukan tinjauan rapat tahap pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan COVID-19 di sekolah-sekolah yang dibuka bermula hari ini.
"Bagi sekolah SOP bukan lagi cabaran sebab sebelum ini pun kita pernah mengalaminya, dan tidak ada kes jangkitan (COVID-19) direkodkan berlaku di sekolah di negeri Sabah.
"Jadi itu satu yang berita yang baik, tapi kita harap kali ini pun begitu jugalah tidak ada jangkitan berlaku di sekolah," tambah beliau.
Beliau dalam pada itu menjelaskan pihaknya amat menghargai usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan yang menyediakan proses saringan secara percuma di asrama-asrama beberapa sekolah menengah di negeri ini bermula 16 Januari lalu.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Jan 20 2021

MISTIRINE: Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar. -Facebook@changeSBH.co

Badminton: Zii Jia mara ke suku akhir terbuka Switzerland
Pemain di ranking ke-11 dunia itu mengambil masa 34 minit untuk menyingkirkan Svendsen 21-15, 21-11.

PN lebih retak jika Kabinet UMNO digugurkan - Dr Mazlan
Sebarang pengguguran Kabinet dari UMNO jika ada, akan menyebabkan keretakan lebih besar kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

Pembangunan Negeri | Muhyiddin lakukan lawatan kerja sehari ke Perlis
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri serta bertemu pimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis. Beliau yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman pagi ini, mengadakan pertemuan tertutup bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Pejabat Menteri Besar, bagi mendengar taklimat pembangunan negeri.

Lawatan kerja Muhyiddin ke Perlis
Bersama Abdul Hadi Che Awang, Wakil Astro AWANI di Perlis untuk mendapatkan kupasan lanjut mengenai lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perlis ini.

COVID-19 | 99,616 terima vaksin, Sarawak kekal catat rekod tertinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Vaksin COVID-19 | DAP gesa dedahkan maklumat 'potong barisan'
DAP memandang serius terhadap dakwaan 'potong barisan' dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dalam satu kenyataan bersama, pemimpin DAP menegaskan keutamaan harus diberikan kepada petugas barisan hadapan yang termasuk dalam fasa pertama secepat mungkin tanpa penangguhan lagi.

Pemimpin PKR keluar kerana masalah dalaman parti - Dr Robert
Masalah dalaman dan pemimpin PKR membuatkan ramai yang terkilan dan bertindak keluar dari parti yang berusia lebih 20 tahun.

Sekolah Henry Gurney: Pelatih baharu mungkin punca kes COVID-19 meningkat
Kemasukan pelatih baharu dari seluruh negara ke Sekolah Henry Gurney Telok Mas di sini mungkin menjadi antara punca utama peningkatan kes positif COVID-19 di pusat berkenaan.

Minat pada reptilia, penghantar makanan jadikan rumah 'zoo ular'
Selain ular tedung, Mohamad Saifullah turut memelihara ular sawa yang diimport dari Myanmar.

Polis pantau 'posting' anti vaksin bekas pelakon
Polis sedang memantau laman sosial milik seorang bekas pelakon lelaki yang dilaporkan sering membuat hantaran berhubung fahaman anti vaksin.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.