awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Tiga PPS diaktifkan di dua daerah N.Sembilan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
01/03/2023
09:21 MYT
Banjir: Tiga PPS diaktifkan di dua daerah N.Sembilan
Salah sebuah daripada tiga PPS yang diaktifkan di Negeri Sembilan ekoran hujan berterusan sejak awal pagi tadi. -Astro AWANI
SEREMBAN: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan di dua daerah di Negeri Sembilan ekoran hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata, tiga PPS itu masing-masing dua di daerah Jempol dan satu di daerah Tampin.
“PPS pertama yang dibuka adalah di Sekolah Agama Rakyat Felda Jelai 4 di Tampin yang menempatkan 29 mangsa daripada lapan buah keluarga dari kawasan sekitar Felda Jelai.
“Manakala bagi daerah Jempol pula dua buah keluarga dari Kampung Jeram Panjang dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Palong 7,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, ujar beliau, proses pemindahan juga sedang dilakukan di SK Palong 4 susulan beberapa kawasan sekitar mula dinaiki air.
Katanya, dua sungai iaitu Sungai Muar (Pekan Rompin) dan Sungai Muar (Kampung Berembang) juga telah melepasi paras bahaya.
Tebing runtuh turut dilaporkan berdekatan kawasan kediaman penduduk di Felda Jelai 4.
Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi laman Facebooknya mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan dikategorikan buruk dijangka melanda sehingga 2 Mac di Negeri Sembilan.
Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka melanda dengan taburan melebihi 60 milimeter dalam tempoh enam jam.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#Jempol
#Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan